Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Ramadan buat semua..

Oh my, saya sangat letih bila fikirkan pasal raya ni sampai saya tak sedar yang badan ni kepenatan dan 9 bulan mengandung, ok? Lately, tidur saya mesti tak cukup 6 jam.

Dan bila mengandung dan especially dah menunggu hari untuk deliver ni, mak baby kena dapatkan rehat yang cukup.But, not me.

Rasa macam dah nak ambil cuti je dari sekarang. Penat. Penat. Penat.

Cakap pasal persiapan raya, Saya tak ada baju raya lagi. boleh tak kalau tak nak beli?boleh kan?
Dan cakap pasa raya juga, tahun ni saya beraya di grik, kampung suami. Bermaksud bukan di k.l, kampung saya. Bermaksud juga saya tak dapat la nak shopping katak di Jalan TAR malam raya macam tahun lepas hujan-hujan pun ku redah jua.

I could not imagine how my raya would be like this year. Raya bukan di tempat yang biasa saya sambut raya sepanjang 26 tahun yang lepas. Long journey with this raya feeling and ambiance.
bukan tak biasa balik kampung suami, tapi ini rayalah. Suatu perayaan yang orang melayu islam mesti sambut. dengan bahagia. happy.

Pernah tak saya cakap yang saya memang tak suka sambut raya? saya suka bulan Puasa sahaja. bila datang raya, mesti sedih. tak tahu kenapa. Mungkin tak pernah merasa nikmat beraya satu family yang lengkap. Jadi, raya tu tak berapa nak best.

Tu, dengar suara pengarah saya di pagi hari. huhu shuuhhh im hiding in the office!
Dia marah siapa tah.

Kuih raya pun, saya sempat buat tart nanas and biskut mazola je. Itu pun semalam kakak saya yang tolong habiskan bakar sebab saya dah penat sangat.

Oklah, di kesempatan kali ini saya ingin memohon maaf kalau terkasar bahasa, tersinggung hati dan perasaan secara sedar atau tidak, dan minta dihalalkan makan dan minum.

Selamat hari raya, Maaf zahir dan batin.
And drive safe people!

Banyak jugak perkataan penat dalam entry kali ini. Rasa macam penat la.Ha tengok, penat lagi. Stop writting.



5 comments:

MiSzEniGmA said...

this year, no more redah jln tar..xsangguppp..!! anyway, slamat raye min, mintak maaf segala salah laku, salah cakap dan segala2 yg salah ye..raya datang ghomah ye :)

syauqahwardah1209 said...

Salam warahmatullah..

Harap mdm sihat.. insyaAllah sy salu doakan.

Hm, kesian mdm..
mdm mmg da ptut start rehat..

Apapun, just wanna wish u happy eid, sy minta maaf atas sume silap salah, ksr bhs kat miss.

Halal mkn minum..

raya ni tak buat kek coklat lagi?

*sedap.... hehe..:)

Aeryn mummy aiyris zarra said...

yong: min pun minta maaf zahir dan batin! rindu nak g shopping jalan tar dgn yong.

Intan:salam. saya pun minta maaf kalau ada terkasar bahasa (almaklumlah, saya kan lecturer yang garang) hehehe

raya ni tak buat la, hehehe hari-hari biasa pun buat..

take care

♥ p a a n i ♥ said...

hihi camat ari raye porin. balik nti jgn lupe singgah amik ani tau. hoho

Aeryn mummy aiyris zarra said...

pony. of kos. hehehe