Tuesday, September 8, 2009

Apa Plan ?

Em, setelah bersedap-sedapan cuti selama 3 hari yang heaven, terasa malas nak pergi bekerja itu memangla terasa sangat. Nak-nak pula kadang-kadang hujan pagi pulak tu, memang selesa sangatlah membungkuskan diri dalam gebar.Tidur, nikmat!

Puasa. Puasa kali ini memang suatu pengalaman yang baru buat saya. Pertama kali berpuasa berdua (er, sebenarnya bukan berdua sebab adik ada bersama kan), jadi banyak juga pengalaman. Biarpun sang suami bukanlah particular sangat tentang makanan berbuka dan sahur (seriously, dia boleh makan kurma dan air sejuk je untuk sahur, macam sangat zuhud ye), tapi saya yang berlebih-lebih mahu memasak itu ini, tak sedar perut dah besar, dan bila kepenatan, mulalah moody semacam sampai mulut boleh ikat dan gantung dengan hanger.

Semalam saya masak rendang ayam (maaf tak ada gambar untuk dikongsikan). Itu percubaan kali kedua saya memasak rendang, heh. Kerana pada saya, rendang adalah resipi agung yang mana ia boleh mengurniakan darjah kebolehmasakan seseorang individu itu. Pasal rendang ayam saya, Rasanya bolehla dimakan, cuma semalam kekurangan kerisik pula. Dan ditambah pula giliran kami untuk menyumbangkan kuih muih untuk dibuat moreh atau berbuka puasa di masjid, saya dengan kelam kelibutnya memasak karipap seorang diri. (okaylah bukan seorang diri, suami ada tolong menggoreng karipap, dia terer pulak goreng karipap tu,jadi licin je permukaan karipap tu tak menggerutu macam yang selalu lihat di pasar malam/juadah). Pun gambar karipap saya tak diambil. Sigh..

Cuma, saya ada cita-cita. Dan cita-cita ini timbul selepas saya membuat perangkaan perbelanjaan raya, untuk:
  • baju raya budak-budak (anak saudara saya),
  • kuih raya
  • duit raya kepada sepupu sepapat anak sedara bagai.
  • Persiapan rumah
Natijahnya bajet saya macam, erm ketat sedikitlah! Jadi, kembali kepada cita-cita saya, saya bercadang untuk membuat kuih raya! yeay! ada 3 yang saya berkenan dan reti (tu je yang saya tahu) iaitu:
  • Kuih tart nenas (yang ni saya pernah dan selalu buat dulu, pengalaman, guna butter SCS memang best jadi tart kita berbanding kalau guna buttercup. yela, mahal lagi bagus kan?)
  • biskut mazola (biskut ni senang gila nak buat, cuma renyah bila nak proses kacang tu)
  • short bread biscuit (yang ni baru nak cuba, ngeh3 ntah jadi buat ke tak)
Jadi, marilah berdoa agar cita-cita saya ini tercapai. Amiin.. hehe.

p/s: saya rindu nak bershopping di jalan TAR pada malam raya..tahun ni tak berpeluanglah...;(

3 comments:

MiSzEniGmA said...

kamera anda ade pd sy..sbb tu anda xdpt amik gambau kan..soriii..!!

kin-takahiro said...

eh jangan min.. lagi2 ko dalam keadaan cam gini nak gi jalan TAR..jangan!! tempat tu crowded giler.. jenuh nak jalan..huhu..berkorban je la tahun ye..

Aeryn mummy aiyris zarra said...

Yong: HEY!. bukan itulah, kalau ada pun kamera saya, tak de maknenye ada masa nak amek, huhuhu

S. alam: oh, takleh eh? huwaaaaa!!!!!!!!!!!!