Google+ Followers

Tuesday, May 12, 2009

Selamat hari ibu..

Saya tiada ibu lagi. Sudah lapan tahun berlalu. Saya masih lagi rasa kehilangan itu. Rasa kosong itu masih ada. Tiada yang dapat menggantikan tempatnya lagi. Ya, hidup mesti diteruskan.

Saya ada gambar dengan ibu. Cuma gambarnya dalam hard copy.
Saya tak perlu mempamirkanya disini. Ia ada dalam ingatan saya. Wajah ibu, maksud saya.

I do not want to be mellow today.
Tapi, bila ada rakan sekerja yang baru kehilangan ibu bulan lepas beritahu saya tadi, saya jadi terpempan. Saya turut bersedih. Tapi rasa numbness itu ada kekal tadi.

Bagi orang yang pernah merasai kehilangan ibu, tahulah rasa itu.
Bagi yang menghargai ibu mereka, tahniah.

Tapi bagi yang membuat ibu mereka merana? Yang mengherdik ibu yang melahirkan, yang mengabaikan ibu mereka, tambah pula yang menyeksa, sepak terajang ibu yang pernah membelai mereka. Saya tiada kata lain. Neraka jahanamlah tempat mereka kalau mereka masih lagi tak sedar akan keberdosaan mereka itu.

Macam rancangan semanis kurma minggu lepas, seorang ibu mengadu, anaknya sendiri memukul, menyeksa dan sanggup memfitnah ibu dia sendiri. Nauzubillah.

Buat mereka yang seperti itu, saya selalu terfikir, tidak tahu dosa kah mereka ini?
Kamu tidak lagi kehilangan mak, kamu tak tahu lagi apa rasanya.

Anyway, saya rindu sangat-sangat arwah ibu saya..

8 comments:

MiSzEniGmA said...

i have no words to console you. but i do know, i will feel the same way s u r now, if she's no longer here with me..n i also know that u will be a great mommy..happy mother's day to-be :)

crack cracker said...

happy mother's day!!!

aeryn said...

yong: thanks a zillion world to u and my idol!

Sul: happy mother day too, aku tau ko anak manja..and thanks gak sebab masa arwah meninggal ko ikut sampai kubur. thanks!

✖₪ F A R H A N I ₪✖ said...

hehe xpe. kak rin. kan ade mak kat gerik?

aeryn said...

Poni: aah. betul. ;)

yunik said...

takutnya untuk berhadapan realiti ini - kehilangan ibu.

aeryn said...

Yunik: memang sangat takut, tapi kadang-kadang geram tengok orang yang tak hormat mak dorangyang still ada.

syauqahwardah1209 said...

Terharu baca post yang ini...

saya memang rapat dgn ibu..
begitu juga dgn ayah..

really can't imagine that i'll proceed my life w'out them someday..
atau sebaliknya..

pernah suatu ketika,
sy pnh terasa hati dgn mrka,
sebab ibu lmbt wish bday.. hehe
~bese they r the 1st person y wish..

saya merajuk.. smpai trtdo dek merajuk sgt.. hehe

tapi, tiba2 trsentap dr tdo sbb dpt mimpi y sgt dasyat. Ibu n ayah 'pergi' dari saya...

Aduish.. masa 2 menitik2 air mata..
menyesal sgt rasa..
terus kol ibu.
Dia belum tdo lagi rupanya..

dia kata dia xdpt tdo..

sbb tunggu panggilan fon sy..

~~~~~~~
terukkan sy ni??

(T T) insaf da lps 2..
~ibu.. jnji xbuat lagi...