Selamat Hari Ibu, MAK...
Kisah aku dengannya tidak lama..hanya bertahan dalam masa 19 tahun, 3 bulan, 2 hari..namun aku amat berterima kasih kepadanya kerana melaluinya aku kini Alhamdulillah telah menjadi orang yang berguna (setidak2nya tidak lagi membebankan sesiapa)
Sejak aku berusia 6 tahun lagi, abah, lelaki yang sepatutnya membela kami anak beranak telah memilih jalan hidupnya sendri, membuatkan mak dan 4 lagi anaknya (termasuk adikku yang cacat pendengaran) terkapai-kapai hidup sendirian. Mak pada awalnya berendam air mata saban hari, aku dan kakak tidak mengerti apa2..hanya memandang dengan penuh pengharapan supaya mak dapat menjadi seorang wanita yang gembira macam masa dulu..tapi mak menangis, kami dibawa berjalan-jalan ke merata tempat (dengan niat dapat ditipu dan ditutup penderitaan mak) oleh makcik2 dan pakcik2..sehinggalah mak dapat menerima hakikat dan mulai berdiri atas kakinya sendiri..
Sejak hari itu, aku tidak pernah melihat mak menangis lagi, mungkin pilihan yang dibuat adalah jangan menoleh kebelakang lagi. Dengan tulang 4 kerat mak, kami disekolahkan (benar, aku tidak pernah dibiaya abah seluruh persekolahanku) along dan akak disebabkan tekanan yang dihadapi dan kurang bimbingan , tidak begitu menyerlah dalam persekolahan..otak kanak-kanakku berfikir dan mula berimaginasi, along dan akak sebenarnya pandai, kata hatiku memujuk diri..
Tahun berganti tahun..Darjah 6 aku telah mengecewakan mak dengan keputusan upsr yang kurang cemerlang. Mak yang ketika itu cuba menyembunyikan perasaan kecewa berlagak seperti biasa. Namun dari riak wajahnya aku tahu.. sejak itu aku berazam menebus kembali..
Kenangan disekolah yang tidak dapat aku lupakan adalah masa itu hujan lebat, aku di tingkatan satu..dari kejauhan aku lihat mak meredah hujan dengan payungnya menjemputku, air mataku pada ketika itu mencurah-curah dan mak hairan sambil ketawa melihat aku menangis, mak kata aku kememeh..ya mak, aku anak kamu yang kememeh..
Kekecewaan mak dapat kutebus melalui keputusan pmr yang cemerlang (aku rasa ini berkat dari doa mak juga) kecemerlangan aku satu-satunya pengubat kekecewaan mak seluruh hidupnya..ingat lagi, ada orang berdengki hati dengan Mak, dulu mak yang berjaya mengajar 2 sesi sekolah agama, terpaksa mengajar satu sesi saja. Dengan alasan bahawa orang lain pun mengajar satu sesi sahaja, (Lupakah mereka bahawa mak ini ibu tunggal dan mereka semuanya berlaki, bersuami) Mak balas, tak mengapalah, biarlah rezeki mungkin Allah cukupkan untuk kita anak beranak..Subhanallah, sabar sungguh mak, (Kenapa aku tidak mengikut jejak langkahnya bersabar? kucuba InsyaAllah)..
Ingat lagi suatu ketika dulu, selepas kejadian dengki mendengki pada mak, kami jadi kurang pendapatan, lalu mak menebal muka menjual karipap ( aku yang menolongnya, ya kisah ini tiada seorang sahabatku pun yang tahu) dapatlah kami menambah sumber pendapatan..mungkin kalau bagi orang kampung, ini perkara normal, tapi kami di bandar, perkara ini menjadi sesuatu yang janggal..tapi mak kata mak bersabar..sementelah itu, along dan akak membuat hal mereka (yang disini tak perlu ku buka aib mereka) akulah yang menjadi tempat mak mencurah rasa..tangisan mak mengiringi malam-malam kami berjaga menyiapkan karipap...
Semiskin-miskin mak, dia sanggup menjaga lagi nenek yang ketika itu kepingin benar mahu tinggal bersama kami..mujur, kami tinggal 3 beranak saja, jadi sedikit sebanyak kehadiran nenek menambah ceria di rumah..nenek berselera yang macam-macam dan pelik-pelik..mak turutkan semuanya..sedangkan masa itu duit menjadi kekangan..mak sabar..mak kata, ini masa dia, nanti masa mak, mak harap aku dapat menjaganya seperti itu juga.. aku menekadkan azam, aku mahu jadi seperti mak juga..
Sampai ketika aku dapat melanjutkan pelajaran ke UKM..mak bereaksi bersahaja..namun pada kawan-kawan rapatnya dia salurkan kegembiraannya dengan mengkhabarkan kejayaan aku ke menara gading..cik kiah, cik leha, cik yati dan cik nisah..semua dikhabarkan gembira bahawa aku dapat menjejakkan kaki kemenara gading..bidang apa? bidang biomodikul katakanya, hehehe mak kepingin benar aku mendapat medik, tapi gabungan biosains dan biomolekul jadilah biomodikul, aku ketawa kecil di belakang pintu..geli hati melihat mak gembira..walau tidak berjaya mendapat bidang yang mencabar itu
kuharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..kegembiraan aku untuk pulang bercuti bersama mak di tahun satu bertukar menjadi suatu mimpi ngeri bagiku..ateh dan pakteh menjemput ku pulang dari kolej, aku bertanya dalam hati, kenapa mereka yang menjemputku?bukankah aku ini berdikari orangnya? aku boleh sahaja balik naik komuter, bukan? ateh menjawab, mak lin ada di hukm, kena bedah..bla..bla..bla..ayat kemudiannya aku hilang daripada pendengaranku..
aku menjaga mak dengan harapan semoga mak sembuh, tempat tidurku adalah dibangku di luar icu. Malu? sudah jatuh nombr berapa, aku pun tak tahu..setiap malam, bila pintu icu terbuka dan nama keluarga dipanggil, hati berderau..mak akhirnya pergi jua menghadap Allah yang maha agung lagi maha suci..genap sebulan 13 hari aku di icu..
Jenazah mak kami kuburkan..namun aku redha atas ketetapan Allah yang mempunyai seribu hikmah ini..Allah telah menyediakan ketetapan atas segala sesuatu..Muka mak yang berseri seumpama dia sewaktu pulang dari haji meredhakan hati aku..merelakan dia pergi..Allah menyayangi mak lebih dari kami menyayanginya..maka kami redha Ya Allah..
Bayangkan betapa sunyinya hatiku setelah kepergian dia dalam hidupku? Tinggal aku dan adikku sahaja dalam rumah itu..Mujur Allah ada menemani kami, sekurang-kurangnya padaDia kami bermohon kasih dan ehsan..
Aku berharap agar Allah mencucuri Rahmat kepada Mak..Aminnn..
No one can ever replace u mak..
(Penulis menangis di akhir nukilan..... kisah ini hanya 5 % daripada pengorbanan mak yang tidak sempat saya nukilkan di sisni atas kekangan masa)
Ada yang memanggil dengan panggilan ibu, mak, bonda, umi , mama, mummy and etc,...tapi aku memanggil insan istimewa yang melahirkan manusia bernama norazrin ini dengan panggilan MAK..

No comments:
Post a Comment