Google+ Followers

Tuesday, October 8, 2013

Sabah's Trip. Day 1 and 2.

Sebelum menjadi pelupa, baiklah gambar yang menceritakan..

Day one:

Flight tiket MAS yang murah daripada Airasia. haha puas hati den. Tapi budak ni masuk je flight membuta je keje. Takpela, dimaafkan sebab daripada pukul 4 a.m kitorang dah terpacak kat KLIA tu. Dengan mummy2 dia terbongkang krohhh krohh..

Oh ye, nasib baik takde check up on my pregnancy. Penat je ai bawak surat doc tauu..

Tengok.. siap ada bantal. Mana tak lena?

In-Flight meal yang awesome.
 Lepas touch down, dapat kereta sewa kitorang terus pergi ke Kundasang. Jalan Tawakal je la sebab GPS pun malu-malu lah je kat sana. Padan muka tak print map sesiap. Yang kutahu, hala ke Tuaran. Dalam 3 jam jugak berjalan baru sampai. Sempat la tengok banyak gerai jual Sinalau Bakas. Huhu..korang tahu tak apa tu sinalau bakas: Roasted wild boar/pork.

Actually ramai yang confuse kundasang ke ranau yang daerah dia? Jawapannya adalah: Ranau daerahnya. Kundasang dalam daerah ranau. Tapi it seems Kundasang lagi famous than Ranau.

Budak ni sebelum turun kereta meragam. Bila dah turun tgk flower waaaa cantik terus happy. Minah bunga betul.

View from our room.
 Sampai je kat Kinabalu Pine Resort, Check in and refreshed, hujan gerimis pun turun. Kitorang lepak beranda je sambil makan Dunkin Donuts (beli kat airport KK) dan megi in cup. Lapar kot. Jadi sebelum semua bertukar menjadi resaksa yang ganas sebab lapar, marilah mengisi perut dulu.

Masa hujan, kabus tutup puncak kinabalu. Kecewa sikit tapiiii lepas hujan..seclear-clear yang amat..Syukur Alhamdulillah..




Day 2:

Good morning.. Bangun dah lambat ada hati nak good morning. Ceh.
kitorang cehck out dah hari kedua ni sebab nak turun ke kk plak. Ikutkan hati memang nak stay tapi sebab hotel ni boleh tahan mahal so kuburkan cepat-cepat hasratmu itu..


 
Rise and shine people!
OTW to check out..

Cantikk..
Bergambar sat..
Si handsome. Wakakakaka
Lepas check out, memasing lapar. So kitorang ke pekan Kudasang yang ada KFC je. Tapi singgah di kedai makanan Islam. Makan tak berapa kena dengan tekak melayu aku ni. Tak mengapa la.. itu je rejeki kita pada hari tu..

Tapi, aku saspek disinilah bermulanya episod ceri beri aku. Berdoa supaya Husband and Aiyris tak kena sama. Dimakbulkan Syukur..

Leas tu kitorang pergi Poring Hot Spring. Ingatkan tempat yang sama dengan ikan kelah banyak-banyak tu tapi tak.. So kitorang patah balik dan singgah makan durian sabah. Ok la. sama je kat semenanjung punya durian..

Bukti dah sampai. Budak tu dah start merengek-rengek penat. Padahal tido je dalam kereta..

Jernih air dia..
 One thing yang aku respect kat Ranau ni, ada sungai yang terpelihara jernih hijau air dia tetengah pekan tu.. Respect.

Lepas tu perjalanan diteruskan ke Desa Dairy Farm Kundasang.. Bayaran masuk Rm 4 sorang. Aiyris free.

Jalan nak masuk ni leh tahan hazab. dengan bukit dia, dengan jalan tak turf dia..

Seb baik sewa Saga. Kalau viva tadi? mahunya kereta tu gostan bawak kitorang yang plus size ni. hahaha


Desa Dairy Farm.
Sampai-sampai je gerimis sikit. Tapi ramai orang tengah makan aiskrim yang sejuk tetengah sejuk tu. Tak paham kami, pun beratur membeli ais krim sama. Sedap sangat ke ais krim dia? MEmang sedap. Tapi kalau korang pergi, beli yang pure vanilla je. Coklat less sedap aku rasa..IMHO la..

Gambar ni dah nak balik baru amek. Cis.

Gambar kami bercinta di Kundasang. Wakakakakakaka


Im happy!!!!

Perut aku nampak macam nak meletup nau..

Subhanallah.. cantik sangat tempat ni..
Awhhh...ni nursey bunga ke nursey kambing?

Bertebaranlah kamu mencari rejeki.

 Oh ye, jangan lupa minum susu segar yang fresh dari ladang. Sedap tak hengat.


 Ok till we meet again.




No comments: