Google+ Followers

Wednesday, April 10, 2013

Tak faham dengan perangai manusia ni.

Aku paling menyampah dan benci meluat hak tuih dengan orang yang pandai perli orang ni.

Macam kes semalam la. Aku baru keluar bilik, memang memerap depan komputer nak siapkan proposal Science Fund ni. Proposal ni pening sikit sebab ko kena buat draf proposal termasuk material and method, research background bla bla bosan. 

Nak dikatakan semua R.O pun senyap sunyi sebab nak hantar ikut dateline kan.

So petang semalam kul 5.15 aku keluar la bilik aku tu, depan tu meja komputer. Dekat situ ada dua kerani. Yang sorang ni memang macam musibat gak la mulut dia.

Aku pun nak berbasa-basi tegurla diorang:

Aku: "oh tengah siapkan website ke? Tak balik lagi?"

Dia  (Muka masam jawab sambil tak tengok aku): " Haah. tak siap lagi..banyak lagi" 
Sambil teruskan godek2 komputer tu.

Aku: "Er okla, nak balik dulu" kata aku

Dia: "Eh, bilik rin ni senyap je kan? sunyi je..best tido ni..boleh tido tak??"(Read: bilik kau ni sunyi sepi sejuk, mesti ko tido je kan?)
Masa ni aku tengok je muka dia. Biasala aku kan selenga, mana paham kalau orang perli ke apa. Nak pahamkan orang perli tu amek masa dalam dua tiga minit gak la.

Well lepas aku dah sedar aku kena perli, dalam hati aku kata (haah la bodoh, aku memang takde kerja lain, asyik tido je. Kau je la yang buat kerja banyak ni kan?)

Hey bimbo, untuk pengetahuan kau, website tu aku dah siapkan dari minggu lepas kot. masa ko sibuk tido kat surau, aku sibuk ngadap pc siapkan. takde plak aku perli kan?now siapa yang tido ni, aku ke kau??)

Eh nak je kata macam tu kat muka dia. Tapi aku tahu, kalau aku cakap macam tu kat dia depan-depan, sure dia nanges punya. Pastu aku plak sure kena santau,hahahahaha.

So, aku diam dan aku kata;

"oh, masa rehat and jumat yang panjang tu tido la..okla balik dulu.."

Aku rasa aku:

  1. Buat je kerja aku. 
  2. Tak pernah pun tanya "eh keje kau dah siap? tak buat kerja ke?
  3. TAK mintak pun duit kau tetiap bulan untuk bayar gaji aku.
  4.  Kerja aku siap je.
  5. Malas nak gaduh
  6. Cakap pun fikir/jaga lagi hati orang.

No comments: