Google+ Followers

Friday, January 6, 2012

Ada aku kesah?

Aku jenis yang mendengar tau.

Semua masalah orang aku dengar. Dari masalah atok nenek mak abah anak cucu cicit semua aku dengar. Bukan aku kepochi, bukan. Kepochi tu macam bila kau tahu masalah or aib orang tu kau bagitau orang lain. Macam aku tak. Aku ni macam span (woi bukan physically la ngoks), serap semuanya dalam kepala otak aku even masalah sendiri belum selesai.

Ada kawan office aku ni, semua nak cerita kat aku. Ok la fine, nak cerita ceritalah kat span ni kan. Segala benda dia cerita. Tapi span lelama pun tepu jugak. Sometime we need to squeezed out the problem out the system right?

Tapi dorang ni tak pernah bagi aku peluang nak cerita masalah aku ke apa. Menyebabkan setiap hari aku akan diam dengar masalah dorang.

Wey lemak la kan macam tu?

Time aku kau buat dek je. Time aku susah ke anak demam ke sorang tak amek tahu kan?

Aku nak gtau pada diri sendri, ni lah dunia. Adat resam dunia macam ni la. BILA KAU KAYA, KAU SENANG KAU FAMOUS, orang macam ulat akan kerumun kau. Tapi bila kau susah, ulat macam kena spray dengan ridsect kau tahu tak?

So azam tahun baru ni aku nak buat dek and hati kering. Kau nak tertonggeng terbalik ke aku tak kisah. Lantak la.

And i will speak up. Kau nak terasa, ada aku kesah?


No comments: