Monday, February 28, 2011

Gembira

Sebenarnya kita kena bersyukur untuk menghargai kehidupan yang kita ada sekarang ni.

Cuba tengok apa yang ada di sekeliling kita.

Kita ada badan yang diberikan Allah, sebenarnya cukup sempurna buat kita.
Kita ada keluarga yang bersama kita, waktu susah atau duka. Kalau tak ada pun, kasih sayang Allah jelas, bukan?
Kita ada kerjaya yang kita perlu hargai, yang kita perlu ingat, ramai lagi yang menganggur kat luar sana.
Allah beri rezeki kepada kita, cukup makan, pakai minum.

Jadi, hidup ini amat indah kalau nak diikutkan. Dan difikirkan dalam2.

Jadi, aku berserah kepaa Allah, kalau ada rezeki aku, adalah.

AMIN..

aKU GEMBIRA DENGAN KEHIDUPAN AKU SEKARANG. KAU?

Tuesday, February 22, 2011

cool la beb, chill.

aku bakal kena tembak hidup-hidup hari jumaat ni.

tak percaya?

Betulla, aku ada presentation hari jumaat ni. Director aku dah siap dengan M16 dia, yang lenlain, senapang patah je aku rasa. Takpela, aku redha.

aku leh g workshop proteomics lagi ni ha, tiga hari, hambek ko, cool tak cool aku kan?biasa la aku, dah nak terberak kang, baru nak gali lubang. panic last minute.

slide dah nak siap, cuma tunggu gambar gel je.takpe, rilek2. (lutut terketaq2, dada berombak badai dah ni)

aku nak cite (ce cite ce cite) kisah hari ni kat workshop tadi, hoi, ni bukan workshop kereta, tapi kursuslah. pasal proteomics.

Aku ingat benda alah ni senang and achievable, tapi hamek ko, dah attend kursus baru tau, how tedious that damn business are!

even ko nak open the plastic from the strip pon aku dah terketaq2. nape?

maybe sebab benda tu mahal.

kot.

then, aku dok meja depan sekali, so aku tanya la kat Dr. phelim namanye,

"Dr., have you ever heard about pi dimensional 2D electrophoresis?" aku tanya slow je, bukan kuat pon suara aku. masa ni sume orang sibuk wat keja masing2. Dr. tu macam kejung jap. Kerut-kerut dahi dia aku tengok. dah la chubby comel macam teddy bear, kulit putih merah jambu macam...

"err,...i havent heard about it, err kayin, do you happen to know bla..bla..bla...." kayin ni sales person dia, yang aku hangen gak dengan dia ni, sebab aku dah tunggu seminggu dah nak justification dari company dia ni untuk aku masukkan dalam paperwork aku untuk beli alat tu. harga alat ni boleh beli mini cooper S sebijik cash!

Kayin ni pon gelabah la kan dah aku yang bukak topik ni, as if aku promote barang orang lain lak kat sini kan? aku pun tetiba terkulat2 kejung kat situ. masa ni sume orang dah pandang aku. damn.

"eksyelii arr..our brand is betta for youu..bla..bla..bla..." tetiba muka dia makin lama makin macam nak marah aku lak . eh apahal mamat ni kan. dah la aku confuse dengan gender ko. eh apasal ni?

"i waited for your justifications almost a week now kayin.." aku jawab. merah padam la kan muka mamat ni. haha. beb, aku bukan nak gertak ko, rilek ar. ni pun taktentu la aku dapat nak beli benda alah ni kan, entah terima ke tak paperwork aku ni.

"i will give it to you asap.bla..bla..bla..."mamat ni kata, start gelabah balik. hehe


tahu takot.

Friday, February 18, 2011

I need to focus, dammit!

I am really tense.

I have a presentation on my project next friday, open access from the Director to lecturers to student to workers. DAMN!

And i have the slides ONLY 30% prepared. Instead, i go all worries and end up facebooking.

How can i be focus?













Nothing waste more energy than worrying!

Monday, February 14, 2011

Lemon Chocolateyyy Cake

Lemon Chocolateyyy Cake

Ingredients.

1) 125 gm butter (buttercup or SCS butter preffered)
2) 2 cups of fine sugar
3) 4 eggs
4) a pinch of salt
5) 4 tablespoon of lemon juice
6) 1 teaspoon of vanilla essence
7)2 cups of self-raising flour

Toppings:

For the topping i just use Nutella chocolate. (HEmm very lazy to prepare it myself)

Instructions:

1) Beat the butter and sugar until it mix well and fluffy (until the color turns from golden to whitish). Dont over beat it.

2) Put eggs one by one and continue beating

3) Put salts, lemon juice and vanilla essence into the mixture and beat again

4) Add the flour bit by bit while mix it untill it mix well.

5) put in the oven and bake it at about 45 minutes- one hour with medium heat.


chill down the cake before you do the frosting. You can add anything under the sun to deco it.

Have fun people (i know)

Friday, February 11, 2011

tak best

Hari yang tak best:

1)Paper aku kena reject. Tapi bila tanya orang yang berpengalaman, dorang kata tu semuanya normal. Takpe, ada banyak lagi yang boleh aku send. Titik.

2)E-claim UPM yang mcm haram. Dekat 3 kali aku anta. dahla sekali anta kena tunggu 2 minggu. BABUUUUUUUNNNNN!!!!

3) aku tak pernah kena ni tapi kena kat tempat tu.

huwaaarghhh bertukar menjadi HULK!!!!!! hijauuuuuuuu

Monday, February 7, 2011

Dah!

Hati aku selalu cair disebabkan Aiyriszarra.
Selalu tersenyum dengan keletah dia.

Kejadian baru-baru ni.

Aiyris suka sangat main air, main air di sini bermaksud, bila dia minum air konon-konon dahaga sangat tengok dari gaya dia menyedut air tu kan ke ko tak sampai hati nak stop kan dia? pastu dia bukan telan air tu, dia biarkan air tu keluar dari mulut dia. Yela, maybe salah aku gak sebab aku gak yang ajar dia ludah balik bila kumur gosok gigi.

So, nak dijadikan cerita, aku dah tak tahan tengok dia main air habis basah baju dia kan. So, pas ganti baju dia, aku pun cakap dengan dia sambil jari telunjuk aku menegaskan bahawa:

"Ha, aiyris, minum je, jangan main air tau?"

Ok la pastu aku bagi dia minum.

Dia minum. GUlp.Gulp.Gulp.

"Ahhhhh ....Dah!" Aiyris cakap sambil jari telunjuk tiru apa aku buat tadi.

Pecah perut aku. hahaha tak jadi nak marah.

Wakakaka.



Tuesday, February 1, 2011

Sesuatu untuk diinsafi..


Gambar kredit kepada Ugik wajo?ntah aku pon tak kenal.

Tengok betul-betul gambar ni.

Air mata aku nak mengalir, tapi ku tahankan jebat sebab ada opis mate. Gambar ni diambil di makassar, indonesia.

Aku tak kira la kalau indonesia dengan Malaysia macam tak ngam sekarang kan. Tapi INI, harus dibantu.

Gambar ni instantly buat aku insaf. Aku rasa bersyukur sangat. Aku sayang anak aku. Sayang sangat.

Imagine kalau baby tu baby korang, macam mana.

Subhanallah, kenapa menebal sungguh naluri ibu ni bila dah ada anak?Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosa aku dan peliharakanlah anak ini, dan zuriat kami ..Aminnn