Monday, February 16, 2009

May kokoro Rest In Peace

Setelah dua hari berturut-turut memanggil kucing saya untuk pulang ke rumah, pada suatu petang jiran saya (er yang agak senyap itu) menegur,

" Er, lin, kucing ko mati kena langgar ke?"

Berderau darah saya ketika itu.Mop yang dipegang di tangan pun hampir jatuh menimpa kaki.

"Bila?"

Oh, adakah saya, selaku seorang tuan kepada seekor kucing tidak mengetahui akan kematian itu?Maka dia bercerita, bahawa kucing saya dilanggar di depan rumah saya dan orang yang melanggarnya itu mungkin telah membungkus bangkai kucing saya dan membuang bukti jenayah yang telah dilakukan supaya saya, tuannya tidak tahu.

Alangkah bedebah dan tidak bertanggungjawabnya manusia itu? Sekurang-kurangnya minta lah maaf kepada saya atau paling tidak pun jangan biarkan saya mencari-cari tanpa kelibat haiwan itu!

Geram dan marah. Sedih juga. Wah, seusai berborak dengan jiran itu (terima kasih sebab beritahu), saya masuk ke dalam rumah dan menangis semahu-mahunya. Natijahnya saya demam dan semput sehingga hari ini. Saya sedih kerana kehilangan teman yang rapat dengan saya. Jika anda tidak mempunyai institusi keluarga yang lengkap seperti saya dahulu, kucing memang menjadi pilihan untuk meluahkan perasaan. Ya, mereka mungkin tak boleh bercakap, tapi kokoro saya seakan boleh mengerti apa yang saya luahkan.

Masih terlihat-lihat lagi aksi manja kokoro. Pasir kumbahannya dan makanannya pun berbaki lagi.

Saya rasa geram. Seakan mahu mencari siapakah yang tidak bertanggungjawab memandu laju dalam kawasan perumahan murah seperti kawasan perumahan saya dan melanggar kucing saya?

Saya macam mahu memberi surat layang kepada seluruh taman dan mahu mereka mengaku dan bertanggungjawab.

Tapi itu tidak logik kan? Selain membuang duit setem saya sahaja. Manalah mereka mahu mengaku, bukankah?



2 comments:

MiSzEniGmA said...

surat layang xyah pakai stem pun xpe..msk je dlm mailbox..sorry for your lost dear

♥ p a a n i ♥ said...

sob22.. sy jua turut merasai kehilangan kokorooooooooo!!!!!!!!!
kucen yg lincah terbang kesana ke mari. (T_T)