Wednesday, February 11, 2009

Kokoro saya hilang....

I feel so empty. Since my cat, Kokoro (in Japanese= My heart) went MIA. Last night me and hubby went all out to search for him but came to no avail. And here i am so down and missing him. He is one of the most fine cat i ever had after Popot, (which was again, being kidnapped by people).



Bukan gambar sebenar (gambar sebenar belum upload dari handphone)

He came to me last Ramadan and ever since we became attached. Kokoro is cute and decent too not like other cats. When i reached home, he will wait for me at in front of our house (er, nak minta makan sebenarnya tu).

He never leave my side (Except when he wanna poops or pee).

He never poops in the house.



Juga bukan gambar sebenar(sekadar membuatkan anda geram je)

He has clean fur (not like other cats). In facts, my handphone has too many pictures of him.



Geram lah lagi...

I doubt that someone has stoled my Kokoro. Mungkin pencuri itu telah mencuri dan membawanya lari dengan kereta?

Ataukah dia sesat jalan pulang? Makan kah dia? tidur dimanakah dia?
Wah, hati saya risau pada yang tak sepatutnya..


Lagi bukan gambar sebenar..

Pesan saya kepada pencuri kucing saya:

Pulangkanlah kucing saya itu, Kamu tak tahu bagaimana mahu menjaganya seperti saya. Kamu tak tahu bahawa dia tidak tidur di mana-mana sahaja kecuali atas katil, atas kerusi berspan atau di atas timbunan kain yang baru dibasuh sahaja. Dia juga kuat makan, lebih-lebih lagi nasi berlaukkan ikan bilis tumbuk. Makanan dalam tin atau biskut kucing dia hanya layan sekali sekala sahaja sebab dia cepat jemu. Dia juga suka mandi, mesti kamu tidak tahu fakta itu dengan beranggapan bahawa semua kucing takutkan air kan? Dia juga memang mengada-ngada terlampau sebab sebelum tidur kamu kena bercakap-cakap dengannya dan memanjakannya. Jangan herdik dia, jangan marah dia. Sebab di sebalik sifatnya yang kuat makan itu, dia juga pandai menangkap tikus, cicak (eyek) dan lipas dengan cekap. Jangan terkejut kalau dia pandai buka tingkap dan keluar dari tingkap rumah anda. Dia juga kucing yang akan menyelamatkan anda dari hanyut subuh sebab selalunya dia pagi-pagi lagi akan mengiauw untuk bangunkan tuannya dari subuh. Oh ye, dia juga akan tidur lebih nyenyak dalam bilik yang berhawa dingin. Dia boleh tidur dari pagi sampai malam kalau buka "air cond".
Itu je.
Ohh, please take care of him kalau anda mahu mencurinya buat selama-lamanya dari saya..



Rupa kokoro lebih kurang inilah (tengok, saya terlalu rindukan dia sampai saya google untuk cari dia!)

2 comments:

pali at blog said...

sian kokoro

kin-takahiro said...

waaaaa...sampai hati org tu culik korokoro kau..ish2...suruh cik abe belikan yang lebih comelnya...heheh