Ok sambungan kepada entry yang lepas.
So, lepas kena amek sampel air yang dalam peparu tu, dalam 3 botol of 40ml each, doktor ada sedikit potpet sesama dorang sebab color air sampel tu warna merah instead cloudy. There was a lot of possibilities yang mana one of it could have been tumorous or cancer cells infected the outer layer of pleural. Tapi tahap profesional dorang ni taknak bagi aku risau memang aku respect gile la. Dengar explanation dorang daripada soalan bertubi-tubi dari aku memang aku hormat sangat. segala persoalan dijawap dengan rasional and very calmly.
Petang hari ketiga tu aku kena pindah wad bawah. Kali ni satu bilik 4 katil instead of 8 daripada wad lama. Semua dalam wad tu orang tua-tua weh. Aku je paling muda. Ko rasa macam mana?
Hari ke-4
Pagi tu nurse datang and cakap yang aku kena puasa (no drinks or eat) sebab kena buat CT scan untuk detect the real cause pleural effusion aku ni. and afetr that dia bagitahu yang maybe aku kena tebuk peparu untuk keluarkan atleast some of the water dalam pleural aku. Masa tu aku tak takut or cuak pun sebab dalam kepala otak aku fikir nak balik je rindu sangat kat anak2.
So tunggu la aku sampai pukul 2, last dorang kata tak jadi ctscan and terus tebuk peparu. Kali ini aku kena anastetik sikit. Sebab jarum yang nak tebuk lubang kat peparu tu sebesar pen! haaa masa tu aku dah cuak dah. Nurse and doktor yang ada kat sana dah siap pegang tangan aku, kata u dont have to worry because Dr Najib is the best doctor we have in this unit. Boleh kejap aku bersembang dengan doktor tu di datang daripada palestine and just like any other foreigner, they have higher respect and always asked Tun Mahathir whereabouts and bla-bla bla. Aku siap cakap doktor, take as much water you can like once and for all.
Bila dah tebuk tu aku rasa ngilu and like peparu aku pun macam kena umpil tapi tak sakit la. Alhamdulillah almost 2 litre of water have been taken out. lepas tu jahit and balik ke ward.
#malam-malam berendam air mata sebab rindu anak
Hari ke 5
Well pagi dimulakan dengan senyuman! or at least that was what i thought! aku ingat hari ni hari terakhir aku ada kat wad tu sebab doktor pun ada kata yang maybe if takde aral apa melintang aku boleh balik! NOT! (aku end up balik keesokan harinya)
Tapi yang kelakarnya dengan Dr Woodhead yang treated aku tu, dia siap kata i know because that was what bioinformatician do! (merujuk kepada sikap aku yang banyak sangat tanya sampaikan % aku nak sembuh pun aku suh doktor tu jawap hahaha).
Masuk tengahari aku dah nanges2 sorang2. Aku doa banyak-banyak supaya Allah beri aku kekuatan masa tu. Sebab rindu sangat kat jebat and aiyris. nak bawak dorang masuk wad tu aku yang tak bagi sebab hospital ni semua jenis bakteria/virus ada taknak dorang terjangkit ke apa. Pagi jumaat tu Allah hantarkan bantuan. Tiba-tiba datang seorang imam oh btw kat sini setiap hospital ada imam or chaplains for religion for moral supports. Imam ni datang dan tazkirah sikit and sedekahkan aku sebuah Alquran terjemahan English.
End. End of the stay at the hospital. Alhamdulillah for the experience ya Allah
No comments:
Post a Comment