Google+ Followers

Monday, February 25, 2013

Mulianya hati Pak mi dan Mak Intan..


Hari ni ada anjakan paradigma yang besar antara aku dan haiwan lepas aku tengok pakmi shelter kat blog serius.

Pakmi bela bukan 1 atau 2 ANJING, TAPI 500  ekor lebih anjing.
Segala makan, pakai dan sakit pening anjing tu mereka berdua yang sediakan dengan bantuan orang ramai.

First aku tengok, ish. seriau.
Second time.. Hai comel lak anjing ni..

Pakmi sayang sangat anjing-anjing terbiar tu..dipeluk, cium anjing tu. Sebagai orang islam yang biasa, aku ada gak rasa geli, dalam hati eh boleh ke pegang? Macam mana nak solat?

Jauh dalam hati aku memang suka anjing. Dari kecik aku pernah tanyakan pada arwah mak, "Mak, boleh lin bela anjing tak?" naif sungguh soalan masa tu. Tapi mak kata haiwan tu haram dipegang.

Tapi, my respect to this man is beyond any words could describe..mulia sungguh hati dia..

Korang sanggup nak ambil, bela, ubat anjing kurap jalanan?

Aku pun tak sanggup..

Tapi pakmi sanggup..Dalam sejuta, dia sorang je kot yang dedicate life dia untuk bela anjing ni..


 

Respectt pakmi...Allah je la yang balas jasa pakmi dan mak intan ;)

No comments: