Wednesday, November 30, 2011

#2 Wordless Wednesday: ok ni dah gila gambar.

YOU! Watch out! my eyes on you. Dua jari ke mata kemudian ke depan

COWgurl with stained clothes on.

Mummy loves you. SO MUCH, you know that? More than i love myself!

#1 Wordless Wednesday

Taylor Swift pun tak boleh blah tau tak?!

Thursday, November 24, 2011

Lega

Hari mandom kedua continues..selepas samalam, kejadian bodoh yang sama aku ulangi. Aku memang bodoh. Buat eprkara bodoh berulang kali. Ye aku benci diri sendiri.

Hati ni dah jadi keras sebenarnya. Mungkin menangis boleh redakan hati tapi tak boleh. air mata dah tak nak keluar. Hati dah jadi degil. Tetap.

Tapi dengan satu SMS je, macam air paip dia keluar. Ok terus lega. Terus boleh yakin solat ini diterima Allah, InsyaAllah.

Lega..

Wednesday, November 23, 2011

Mandom lagi

Hari ni mandom. Semandom cuaca kat sini.

Aku sedih dan tak bermotivasi. Aku takde semangat nak pergi kerja. Aku tak nak kerja. Aku nak duduk rumah. Tapi aku nak duit. HA apa kejadahnya tu? nak rompak bank apa? Nak kena panah petir?TAKNAK!. So kena gak pergi kerja.


Aku tak puas hati dengan gaji yang aku dapat. Seriously. Im a master holder, but degree paid. Sindrom ni datang sekali sekala so takpela kan aku ngarut kat sini. Peduli apa aku, ni kan blog aku. bukan blog bapak kau. kan?

Tengok persekitaran sebenarnya yang buat aku rasa sindrom ni. Yang terima gaji master, tapi tak produce2 lagi paper, tak pernah bentangkan paper kat conference, tak set up makmal, balik awal, ngulau. Ini dah jadi budaya. So bila aku nak kerja dengan straight, and i have done that, rasa ta puas hati kat situ akan ada. Kau faham tak? Kau buat kerja, kerja kerja, tapi kau dibayar sikit berbanding rakan sekerja lain.

Penipu besarla kalau korang tak rasa macam ni kalau kat tempat aku kan?

So sekarang ni aku nak cari motivasi untuk diri sendiri. Aku nak kerja dengan jujur. Tapi buat dua tiga hari ni biar aku bergelumang dengan sindrom ni sebelum aku tewaskan dia, ok?

Bial tension macam ni mulala semangat nak membakar kek tu datang.

Kita bakor kita bakor!

Tuesday, November 22, 2011

Takde mood? Mari!

Okay. aku takde mood. mari gembirakan hati?


Semalam aku pergi kedai, nak beli spageti, tuna, untuk makan malam nak buat Aglio e olio spagetti.Bunyi macam hebat kan spagetti tu, padahal spagetti lada itam dengan tuna je. ok. Dalam kedai tu aku berselisih dengan dua perempuan indon, sorang tengah dukung anak. Sebelum aku dekat dengan dorang, aku dengar dorang cakap indon yang pekat. Tapi bila aku dah dekat, yang dukung anak tadi kata

"KEENAPEEEE NIIII" dengan bunyi ee tu di tekankan.

Apakah yang cuba dibuktikan dengan kehadiran aku kat situ? kau cuba nak camorflage yang kau orang Malaysia ke? hahaha. Ikut kau la minah indon oii..

Yang penting, MALAYSIA MENANG BOLA SEMALAM.

Sakit jantung aku tengok bola semalam. dari minit pertama aku tengok, masuk second half aku dah kat dapur, bancuh kek sebab nak lari daripada tekanan. Semalam aku bakar SOURED CREAM MADEIRA CAKE. Korang leh google resepi dia. Aku buat kek tu sebab :
1) Nak lari daripada tekanan tengok bola. (ceh padahal lepas masuk oven aku tercongok tahan nafas tengok bola kan?)
2) Buttermilk yang mahal tak munasabah harga dia dan unsalted butter ada lagi berbaki dalam peti ais. tak buat kang membazir.

Gambar aku tak tepek kat sini sebab frosting dia hancur. Tapi sedap kawan aku kata.

Cakap pasal bola. I know it is just a game. Pada aku Malaysia menang awal dah sebelum penalti. Yela sebab tekanan yang indon bagi giler! naik barracuda, takde padang nak trainning, otw kena ganggu. Aku memang respect kat players sebab mental kuat (kecuali si Fakri tu).

So TAHNIAH MALAYSIA!! You deserve it! *bergenang air mata masa dorang nyanyi lagu negaraku semalam. Yeah i know i am mellow patriotically minded*

Thursday, November 17, 2011

Latest on aiyris zarra

Via instagram ;)

Budak busuk

Cubaan untuk menakutkan mummy dia. most of the time, jadi!

My blog is open for public yeay! yeay la sangat.

Hai Blog. Sorry la wa dah lama tak update lu. Wa ingat lu sudah mampos (amacam ada macam abang long tak?)

Ok.. Untuk pengetahuan semua, aku dah open to public balik blog ni yeay! sebab ada follower tanya kenapa macam dah lama tak aktif dah ke blog ni?

So, since im open this to public, anyone of you can read it, made assumption out of it, buat cerita tak betul, sebar fitnah dan sama waktu dengannya, erm silalah. Bertambah pahala aku. kan?

So pagi ni bermula dengan agak baik sebenarnya. Bangun pagi solat subuh masak mee hon singapore untuk semua, mandi siap-siap pergi office tengok-tengok jam dah dekat kul 8! 8 dah? maka si mummy ni angkut anak dia masuk dalam kereta dan zassssssss pecut kereta sampai dalam pukul 8.02 alamak dah lambat dah ni. Kat parking lot jugak,aku keluarkan iphone, nak tunggu wifi lab dah amek masa seminit, nak buka sistem punch online seminit, tunggu dia loading lagi, mak aii aku dah menggelupur kat dalam kereta dengan anak aku lagi menggelupur nak keluar. dia ingat aku nak bawak dia bermain la-la-la-la- la kan kat dalam lab tu? takde maknenya sayangoii, lab tu bahaya. Then dah dapat punch ha amek ko 8.05 poeii eh. hampes kelapa! lambat dah dua hari ni.

Ok lepas punch aku boleh bernafas lega kemudian waaaaaaaaaaaa!! aiyris menangis. ok ok mummy gelabah. korang nak tau apa yang dia nak? nak drive! nak duduk kat lap aku and pegang stering and drive mummy drive! oklah, kejap je tau. Kejap? dah nak sampai kat post guard dia nak pegang stereng.

Last-last aku rasuah dia dengan DVD Smurff. Terus duduk pakai seat belt lagi. hahaha.

Jiwa sebenarnya tengah kacau ni. Mostly on my career path. Dengan meroyan rindu anak time bekerja lagi.
Korang jangan cakap banyak nanti wa sengat sama lu!