Friday, October 10, 2008

Kampung ke bandar?

Bila orang tanya, kampung awak di mana? Saya akan ambil masa seketika untuk menjawab soalan itu.

Susah untuk dikatakan? Tidak juga. Cuma mungkin takut pada persepsi segelintir yang akan berkata atau menafikannya. Tapi kenyataannya adalah itu. Abah lahir di kampung Baru dan mak pula lahir di Bangsar. Arwah atuk juga lahir di situ. Mula-mula saya ragu juga, tapi bila terjumpa surat beranak atuk, saya yakin. Pasti.Jadi, bagaimana untuk menjawab soalan itu?

Saya akan menjawab yang kampung saya di Hulu Langat. Ya, itu kampung saya. Eh, bukan tadi kata kamu tiada kampung? Itu respons yang biasa saya terima. Kampung Hulu Langat itu adalah kampung tumpangan saja. Dulu, Arwah atuk menjadi peneroka kampung itu. Mereka pindah dari Bangsar ke sana.

Wah, Bangsar, Kampung baru segala. Sungguh KayELL! Tapi tak rupa pun?
Huhu untuk itu, saya tiada komen.

Dulu Arwah mak kata, Moyang kami (nama dia Stanbul, wah, macam orang arab saja?) yang meneroka kawasan bangsar bersama-sama dgn Arwah Hj. Abdullah Hukum. Dulu mak kata, Bangsar tu hutan. Belakang bangunan Telekom (sekarang) ada sungai. Dulu arwah mak dan adik-adik selalu mandi sungai tu. Sungai tu bukan macam sekarang, berkeladak. Dulu sungai itu jernih, boleh tangkap ikan lagi. Ada dusun juga di belakang itu. Arwah mak dan adik-adik berjalan kaki sahaja sampai ke kawasan C.M tolong datuk mereka berniaga nanas dengan orang-orang Cina di Petaling Street. Nanas itu diusahakan oleh arwah moyang di Bukit Nanas. Sebab itulah dapat nama Bukit Nanas. Jauh juga Bukit Nanas dan Bangsar, bukankah? Orang dulu- dulu kuat dan sihat. Itu arwah mak yang kata. Hampir 50 tahun dulu lah.

Tapi sekarang ada hanya tinggal 2-3 lot tanah je di Bangsar yang tinggal. Sekali sekala raya adalah kami akan menziarah kawan perkuburan (berdekatan Pantai Hill Park) tempat di mana atuk dan nenek2 kami disemadikan. Dengar kata, ada atuk sedara yang tamak dan penipu dah jual tanah di Bangsar dengan harga puluhan ribu sahaja. Tamak bolot semua seorang. Sekarang tanah di sana harga berjutaan. Dalam hati saya kata, kenapa tak boleh sabar sikit?

Harta dunia..alah... tak payah lah berebut (Atuk juga yang kata).
Huhuhu..



No comments: