Tuesday, January 27, 2015

Ok hapdate! Manchester part 1


Bismillah..

Okay, sebelum update terkini, flashback kepada proses application(s): 

Application University: 

Dah email kepada potential SV and bila dorang agree nak terima korang as anak murid, the school will give you a conditional letter saying that you may have the place in the university IF you can provide Financial Affidavit from sponsors, and etc.  Lepas tu baru dapat UNCONDITIONAL letter. Then if course korang tu takde melibatkan eksperimen basah (wet lab experiment), most probably korang takyah apply for ATAS certificate (apa nama penuh dah lupa wakakakaka). Nak apply ATAS ni lamaaa...amek masa sebulan jugak so bila dah dapat ATAS ni baru boleh apply VISA. Ops, before ATAS, Uni akan bagi korang CAS ni untuk proceed to ATAS and VISA.


Visa Application: 

Ok, Nak isi visa application form ni bukanlah memerlukan korang jadi rocket scientist ataupun programmer hahaha tapi proses dia akan membuatkan korang rasa nak muntah depan pc. If korang pergi sorang takpe lagi, kalau pergi ber empat? tak ke empat borang kena isi? nasib baik komputer tu tak pecah kena hentak dengan kepalaku masa nak isi form tu hahaha. Make sure all docs like passport, CAS , ATAS semua ada masa nak isi borang ni. Once completed, sediakan je la ongkosnya pak, masa aku kena aritu RM1.744k kau darab la dengan 4 maka berpuasa lah aku setahun macam tu.


Flight Tix:

Ok, bila visa dah dapat, barula ko boleh proceed dengan membeli flight tiket. Aku aritu beli Emirates (yang paling murah selepas comparison untuk 4 beranak ni). Nasib baik UPM cover (walaupun claim lambat masuk dan terpaksalah guna hutang kredit kad sampai maksimum hahaha). Unfortunately we have to change date of departure and it costs us about RM1.2k la jugak. Sedih bila ingat duit terbang laju je.


Rumah:

Along the way, aku contact beberapa orang kat Manchester untuk carikan rumah. And im not gonna dwell on this matter so much nanti keluar yang tak sepatutnya. Alhamdulillah dapat rumah. 

So kami pun fly on 11/9/2014:

Terima kasih kepada akak, abah,Ateh, pak teh, along, aunti, anabest and pojat ,  dan semua yang banyak sangat tolong dari mengemas rumah, jaga jebat sementara kami tukar duit and berurusan segala.

Pipi: macam kuih pau. tapi skang dah kurang sikit hahahahaha.

Nak naik flight ni pon kelakar jugak. Disebabkan kami ni #villagepeople, so mana nak tahu kena pergi awal ke boarding gate. dah pukul 6 still lepak bersama family sampaila Yan sound..er min nape tak gerak lagi kang jauh kena gi borading gate naik ketapi bagai..HAH?! dengar tu terus pergi. Masa nak berpisah tu alahai sedih yang amat. Emm taknak cakapla nanti nanges nak balik msia.





Kakak dah sedih sebab maybe teringatkan rumah semenyih dia

Still in denial state. Adik je happy
Adik Apa tau? Dia asal ada mommy ok dah.
kan dah kata sedih?
cover lettew.

Dah ready to fly. Sobs, Sedih.

7 jam seterusnya...Dubai..



No comments: