Google+ Followers

Tuesday, July 7, 2009

Salah Siapa Kalau.....

(Entry yang bacalah kalau nak baca, tapi tak baca pon lagi ok, jimat masa dan pergi buat kerja kamulah)

Salah siapa kalau:

  • Terbangun lambat sebab semalam tengok ANTM dan natijahnya mata macam panda? Konon2 boleh stay up late even your body told you she's tired. But you would not just listen, did'nt you?
  • Jem di flyover Taman Maluri MRR2 setiap masa dan ketika (rasanya masa hari raya pon dia boleh jem) dan menambahkan lagi kelambatan kamu untuk pergi kerja/shopping/ rumah sedara (tetibe)
  • Dah rasa bosan nak menghadap interview lagi sedangkan pada umur dan waktu ni, sepatutnya kamu dah stabil dengan kerjaya yang mantop?(ala2 ustaz Zamri mari membaca Al quran)
  • Orang rasa kamu bijak, happy dan bahagia sedangkan kamu tidaklah berapa bijak pon, tidaklah sehappy mana pon dan bahagia kekadang je?
  • Kamu dah terceburkan diri dengan kerjaya yang, er, not worth you?
  • Kamu bosan dengan orang-orang yang selalu mempamirkan kebahagiaan dan kesenangan hati mereka sedangkan banyak lagi benda yang rasanya boleh diseimbangkan.
  • Kamu tidak lagi matang?
  • Kamu dah mula dijangkiti OCD kalau kerani kamu type dan printkan time table kamu ada yang center dan ada yang left justified dan, garisan dia lukis sendiri dengan pensel, itu takpe lagi, tapi comot dan buat kamu rasa nak padam je?...... kamu rasa nak betulkan sendiri karang, dia terasa hati pulak?
  • Kamu rasa bersalah sebab makan durian banyak dalam senyap-senyap sebab tak tahan godaan dia (gile sedap durian)
  • Kamu tak dapat minum susu lagi? (Lactose intolerance?)
  • Kamu dah selesaikan sesuatu yang menghantui hidup kamu selama 5 tahun, tapi kamu begitu merinduinya dan rasa macam kehilangan?
  • Kamu memang minat Micheal Jackson dan macam sedih dan kawan-kawan rapat kamu tak lah minat mana pon dengan dia, so nak kongsi feeling pon macam sukar? (i grew up with his songs, yeah you heard it too many times like a broken tape, tapi tak boleh lupa jaket oren/merah yang dia pakai dalam thriller and Beat it video klip)
  • Kamu dulu dah paham tentang biosintesis asid lemak dan tapak jalan dia yang macam er, haram itu, tapi sekarang dah lupa?
  • Kamu terpaksa berpura-pura girlie sebab surrounding kamu yang memang manja-manja gitu and that you are now alone in that kinda crowd?
  • Kamu mengandung, tapi ada usaha untuk bawa dan angkut beg penuh berisi buah-buahan kampung tapi bila sampai office tak ada orang pon yang nak makan sangat?
  • Kamu terus menganggap benda remeh ni sebagai isu?
  • Kamu memang hantu kepada durian?
  • Kamu tak puas hati selagi tak mendapat jawapan kepada sesuatu persoalan?
  • Kamu terus membaca entry ini walaupun dah diberi peringatan di atas?
Dah kata dah...tehehehehe

8 comments:

crack cracker said...

ya..saya org pertama yang degil yang dan telah habis baca entry ini..kekeke..aku terpikir sekejab bila baca point no3.mmmm.adakah tahap umur kita nie dah kena stop dari gi interbiew keje?hoho..mungkin banyak org pikir keje gomen yg satu2nya keje yang org leh wat sampai ke pencen tanpa perlu cari kerja lain..aku mula pikir keje apa yg org akan buat sampai ke pencen selain keje gomen.hewww...min!..durian busuk la...eewwww..cam ne org leh makan durian nie..ya allah..busuk yang amat sangat!!

aeryn said...

s. alam: oit, dulu aku pon tak berapa suke durian, tapi ko tak rasa lagi durian kampong aku, best gile beb, hahahaha nyah2 nanti ko kawen dengan antu durian haa, benci laaa benci, nanti dapat padan muke, heheheheh

point no 3 tula, aku penat la weh g interview ni, ingatkan dah wat sehabis baik sampai orang tanak amek keje (apa aku cakap ni!)

aeryn said...

Ralat : apa plak nyah2 aku taip ni, ntah2 laaaa

cis.

smoochyn said...

yan suke MJ..yiihuuuuu

pali at blog said...

Kamu dah selesaikan sesuatu yang menghantui hidup kamu selama 5 tahun, tapi kamu begitu merinduinya dan rasa macam kehilangan?....

aku benci tesisssss...hahahaa

aeryn said...

yan: yeke, alaa,, ingat ko tak suke! sedih kan? huhuhu (hihiyyy ala2 MJ)

Sweetheart: rin rindu tesis!! huwaaaaa

MiSzEniGmA said...

i do like mj. sedey tu xbrape, tekejut tu lebey la..as for the rest..nicely done my dear :)

aeryn said...

Yong: thanks!