Wednesday, July 16, 2008

DEBAT hati..

Suatu pagi di pejabat, bersama rakan sekerja ditemani nescafe panas dan meehun (walaupun mahu berdiet tapi meehun?), kami membincangkan topik DEBAT antara DSAI dan Shabery. It turned out that some of the colleagues has the same thoughts as mine. Interesting!

Rata-rata berpendapat bahawa kelogikan disebalik pihak kerajaan yang tidak pernah mahu memahami persoalan yang membelengu rakyat. Pendapat saya, mereka tahu, tapi buat-buat tidak tahu. Motifnya ada, renyah katanya. Cubalah memimpin, baru tahu. Itu kata mereka, tapi bukankah itu tanggungjawab kerajaan untuk dilaksanakan? Saya dan rakan-rakan lain bingung. Begitu sukarkah untuk memahami kosa kata rakyat? Natijahnya, mereka tidak menjawab soalan akibat ego mereka. saya mungkin di band kerana ini.

Jangan salah anggap. Saya bukan PRO kepada mana-mana. Neutral. Itu masih saya. Saya lebih selesa memerhatikan dan membuat tafsiran sendiri yang mana betul dan mana khilaf. Tetapi, sebagai rakyat Malaysia yang biasa, saya akui saya measih begitu jauh ketinggalan dalam bidang politik yang pada masa ini saya kira agak jijik dan kotor. Politics = dirty. Tetapi saya masih mahu belajar memahami. Cuma sejak kebelakangan ini, saya kira tahap kematanagn saya sudah bertambah dan hasilnya, saya tidak cepat lagi untuk terjun dalam membuat keputusan.

Luas skop perbincangan kami sehinggalah salah seorang dariapada kami membuka cerita kesukaran hidup suatu masa dulu. Katanya, dia pernah berpengalaman berjalan kaki kesekolah pagi-pagi dan baginya, itu sahaja adalah suatu kesukaran kerana pada kebiasaanya, bapa yang sering menghantar ke sekolah. Saya terkedu. Apakah standard saya di sisinya jika difikirkan balik, sepanjang hayat berjalan kaki ke sekolah. Bahagia sungguh dia. Saya masih lagi senyap. Tambahnya lagi, setiap tahun berganti baju sekolah. Saya? Ah! malu untuk berkata, namun hakikatnya, baju pengawas saya hanya sehelai dan telah dipakai sehingga tingkatan 5. Ironi sungguh saya dengannya. Tapi saya fikir, inilah dunia. Bervariasi. Dan. Bahagian masing-masing.

Ada rakan saya yang masih bingung dan seraya berkata pada saya, mengapakah nasib dan perjalanan hidup seseorang itu tampak begitu lancar dan hampir tidak menghadapi masalah (walaupun jika ada, tidak begitu serius)? Itu soalan yang pernah terlintas oleh saya pada ketika saya down. Teringat kata- kata seorang sahabat, Sabarlah, Allah telah mengadakan ukuran bagi setiap sesuatu. Dan Allahlah yang maha mengetahui dan maha berkuasa. Maka, ketenangan sering menjadi milik saya ketika berpegang pada kata-kata itu. Maka, itu juga yang saya kata kepadanya. Mata kami berkaca.


No comments: