Orang nampak kasar, tapi bukan. Tough. Not rough.
Dilahirkan dan membesar kat KL memang mencabar. Tak seronok pun. Lahir je dah dengar bunyi bising kota. Keluar je dari perut dah hidu asap hitam kenderaan. Tak mendamaikan langsung. Sihat pun apatah lagi. Semua pun nak cepat. Persaingan hebat. Kau lambat, kau kalah.Kau kalah, so shame on you.
Kena campak seorang diri kat KL waktu usia 12 tahun bukan satu pengalaman yang boleh aku banggakan. Naik bas seorang diri lepas buat kad pengenalan. Ayah orang takde buat macam tu aku rasa. Sampai je rumah mak sambut dengan tangisan. Sedih bila ayah buat anak dia sendiri macam ni. Anak perempuan lak tu. Tapi aku apadahal? Aku mana faham lagi air mata seorang mak.
Mak aku tegas. Lahir kat Bangsar. Atok aku pun. KLian ni dah macam barbarian la untuk sesetengah orang. Kau nampak dorang cakap kasar garang. Tapi mulut yang cakap lemah lembut tapi berbisa lagi teruk aku rasa.
Mak aku tak macam mak orang lain. Manjakan anak sampai besar, takde de.. Kau merajuk taknak makan? lantak kaula nak mati kering dalam bilik. Tak de nye dia nak hantar makan kat lutut kau. Kau kurang ajar cakap dengan orang tua? Nah, cili api ditenyehnya kat mulut. Sampai besar aku tak berani nak cakap perkataan BABI.
Tapi, setegas cara didikan mak aku, setakat ni aku rasa masih boleh diguna pakai lagi cara dia. Garang dia, menjadi jugak aku yang dibesarkan tak berayah ni.
Orang nampak dia lembut tapi anak dia je tahu tegas mak aku ni macam mana.
Tough but not Rough.
Seorang mak yang mengandungkan anak dia 9 bulan, tahan sakit pening masa mengandung, bertarung nyawa nak lahirkan kau kat muka bumi. Dah lahir pulak dibelanya kau sampai besar untuk jadi manusia berguna.
Hak seorang Mak kepada seorang anak tu adalah MUTLAK.
Apa hak kau yang nak menidakkan hak seorang mak?
Kau kah yang mengandungkan?
Kau kah yang bertarung nyawa melahirkan?
Kau kah yang menahan sakit di jahit hidup2?
Kau kah yang menanggung semua?
Jangan pertikaikan cara didikan aku kepada anak aku. Hak mutlak aku. Kalau kau yang menanggung semua, aku boleh beralah.
Tapi kalau kau setakat memandang dan tak pernah pun nak faham situasi sebenar, baik diam.
1 comment:
betul.. hak seorang mak/ibu adalah MUTLAK..
#teringat citer pelakon Afiq Muiz dan emaknya yg tgh hangat skrg..
Post a Comment