Showing posts with label PhD Journey. Show all posts
Showing posts with label PhD Journey. Show all posts

Monday, January 25, 2016

Where is the Peptide??

Well this is the first time im blogging from my lab yall!

ALL because the doa i made previous day so that meeting with SV to be postpone hahahahahhaa. Bukan la taknak meeting, tapi i neeed to finish off one analysis before meeting and for that particular task i been so contemplating and procrastinating the task to the core!Pagi tadi sampai je lab, sv datang and bagi satu envelope besar tebal (bersaiz A4! bukan ang pau lah!). Dia suruh aku bagi kat Sam Griffith if i ever run into him. Sam--->examiner aku. Dia nak ke London ada meeting katanya. Meeting london-manchester all the time weyyy.

Turns out that envelope contains full of examinations questions paper! wow! boleh buat duit ni hahahahahahaha.

#Sekali imagine panahan petir atas memakan rezeki yang haram.

Ok skang nak siapkan satuuuu lagi sequence analysis then nak cari Sam thenn nak gi Taipan beli kicap.

#Dah kenapa this particular peptides ni tak jumpa dalam sequences aku ni eh?!
#Hah dahla hanpdphone tertinggal kat rumah.
#Apa yang aku ingat sebelum nak gi lab pun tak tahu la. 
#Dari tadi aku renung jeling jeling je envelope ni. Gatallll tangan nak buka! bole ke tak?

Sebenarnya aku ada macam-macam dalam kepala otak nak cakap or tulis kat blog ni. Caca marba-semua topik boleh ada dalam kepala otak ni.

Semalam ada kawan baru yang aku kenal, husband and wife. Very lovely couple with a young todller. Borak punya borak, somehow aku terrrcerita a bit of my personal life yang something that i am not proud of, balik rasa macam menyesal pun ada. But if the person can truly understand and respect other people's life, so then ok lah. i hoped so she will. Sebab aku rasa macam tak patut pulak bagitahu or cerita tentang masalah hidup or what i have been through kat orang yang baru kenal. Macam spoil the mood macam ek eleh kau sorang je yang ada masalah dalam dunia ni?

erghhhh. 

Tapi tak sabar nak jumpa makcik aku Ateh nak datang dari Malaysia in the near time.  

Oh ye, In April we gonna go to conference again yall! tapi acu teka kat manaaa???

its gonna beee attttttttttt............ CHESTER!!!! kahhhh lol! one hour from my house je buttt i heard the hotel was good. Boleh la bawak satu family bersukarialah mereka sementara aku mereput dalam hall dengar ceramoh protemics.

Ok get back to works! now where is the peptide!!








Monday, May 25, 2015

CEB symposium presentation

Khamis lepas dah settled First Year Symposium for Bioinformatics and Evolution Biology department presentation. Alhamdulillah, went on smoothly without the presence of my SV lol!. Ok gak dia tak datang kalau tak mesti ketar lutut sebab he knows where are my weaknesses are! So tak boleh goreng la kan? Tapi Advisor datang la pulak. Orang lain satu dua soalan je datang ke turn aku sampai 4 soalan kauuu! Hamek! 

Lepas presentation aku pun acah-acah berani la pegi kat advisor aku tanya, "Did i answered your question?" hah gichhuuu.

Nasib baik jawapan aku betul. Menjawap la apa soalan yang ditanya. He said "You looked calm and collected but i know inside u r not!" dia bantai gelak hahaha. "But anyway i like the way you clearly delivered the point to the audience. Good job!"

And he said he will drop an email to my absent SV. One thing that i like here is that the lecturers are all cooperate and helped each other. Takde dengki ke apa. 

And late that evening i received email from my high expectation SV saying "heard ur presentation went OK. Well done. Kipidap"

Ok bab kipidap tu aku rekayasa je hahaha. OK je?

Ok la kan..

#kipidapnevergibap

oh ye, aku dah start private the blog access due to unknown reason. saja je ngengada. lantakla blog aku ke blog kau? hahahaha

Saturday, February 7, 2015

Car Boot Sale, Piccadilly, NHS and School of Life Sciences

Pelan asal malam ni nak tengok Lingaa tapi cancel untuk memberi laluan kepada siaran langsung Rugby Wales vs England. Pfftt

Duduk di UK ni memerlukan ketabahan yang tinggi dari segi mental dah fizikal jugak. Luckily our house is very strategically located. Dekat dengan klinik, Asda, Curry miles, bank segala. Tapi dekat tak dekat almost 1 km pergi balik 2 km. That is why i lost 10 kg dan tapi now that we own a car im afraid i might gain more weight afterwards hahahahahahahahahahaha. Beli kereta murah je £450.

Masa memula sampai kena share rumah ni dengan previous tenant. Selama tiga hari, Firdaus and family tunjuk jalan nak pegi car boot sale The Bowlers Trafford, Piccadilly and China town. Manchester pon ada China town tau? Hebat orang cina ni. Pandai meniaga kat tempat orang. I wish my own race could change their attitude too. Dekat Piccadilly ada Primark bestnya tempat ni. Ada semua benda from head to toe with affordable price. Kalau convert to RM pon still murah. 

Masa mula-mula sampai MAN semua benda nak convert to RM. So bila convert rasa macam woi mahalnya. £1 = RM5.8. Layan gambarlah ye.



Jebat pukul 5 am dah bangun. syabas. READ: Jet lagged

Kawan-kawan ajak gi car boot sale di pagi ahad

Pipi pau. Bukan pau dah macam bom aku tengok

Semangat

Tunggu bas 192 to Piccadilly

Sampai dah The Bowlers Trafford CBS

Dekat CBS ni boleh dapat barang terpakai yang murah, mostly baju budak and toys dorang je pon kita beli. Tu pun kena pilih la and kena bargain tapi orang putih ni taknak layan sangat kalau kita minta kurang pon. Tapi kalau nasib baik boleh la dapat mainan murah.

Gay Village. Kaum lelaki bercinta sesama sendiri kat sini. Macam cilaka je perangai tu. Eh bukan lelaki lelaki dalam gambar ni tau.

Sackville Building for Engineering Faculty of Manchester University

China town. Semua mak nenek yang kau nak ada kat sini. Penyapu lidi to the belacan. You named it.

China town

Gay Village: Welcome lah sangat

Piccadilly Gardens

Rumah. Ha start dah gambar random.


So 16/9/2014 pergilah mendaftar sebagai seorang student. Thanks to Pojie banyak tunjuk jalan and bangunan apa yang kena pergi untuk daftar. Masa kat Whitworth Hall student from China tegur and we became instant friends sementara nak register. Asian Rules! hah sangat!

Oh ye sebelum daftar kitorang daftar NHS dulu untuk klinik kesihatan

First day to school. Nervous as hell sebab nak jumpa SV and school and  and and layak ke  nak buat Phd (soalan gatal dah sampai sini no turning back la woi)

Michael Smith Building 

Entrance MS

Tempat menuntut ilmu.

Dahla lab depan cafe. Cafe pulak jual coffee sedap. Dah kembali jadi coffee addict dah aku ni. Now dah boleh beza Latte, Cappucinno, Mocha, Frappucino etc. Salahkan Cafe ni. Salahkan dia!

Ok nanti sambung lagi..bye nak tengok Lingaaaaaa deyyyyy!!!



Wednesday, February 4, 2015

Part 2: Sampai MANCHESTER

Sambungan..

Dalam 7 jam selepas tu kami anak beranak pun sampaila dubai airport. Terus cari surau untuk solat. Lupa yang surau luar Malaysia mana ada sediakan telekung, nasib baik pakai kasut sport and socks so sarung je socks and solat..Tada...Islam itu memudahkan dan tidak pula menyusahkan sekian Ustazah Norazrin. Ehems.

Lepas berganti-ganti solat ingat nak minum kopi starbucks tapi punyala besau airport so macam malas nak berjalan mata pun mengantuk dicampur dengan kesedihan meninggalkan Malaysia lagi kan, So layan jela gambar..

Dalam Emirates flights ada screen boleh pilih movie sampai lebam.

Info

Muka mommy berselemang macam tak mandi. Adik gak yang maintain handsome.

Ready to board for MAN

Joms...

Tujuh Jam seterusnya, hari pon dah pagi. Tengok awan kepul-kepul fog tebal gile. Oooo dah nak sampai la ni hatiku berkata ecewwhhh...

Landing pon Alhamdulillah sangat smooth. Kudos Emirates!

Sekali tengok macam kat Bandung pun ada

Punya lah jauh nak kena menapak..

Ada budak eksaited

Bapak budak pon eksaited.

Eksaited double dose.

MAN international Airport. Asian flight semua kat sini. EU terminal lain.

Mak budak eksaited sebelum musim ketensionan PhD bermula.

Haaa gambar ni WIN. Siap coat bagai tapi selipar jepun pueng3x...

OTW ke immigration patutnya gambar ni kedepan. lantakla malas nak tukar.

OTW keluar..
Sampai-sampai je Wazer dah tunggu kitorang..Dia jemput lepastu hantar ke rumah sewa lepas tu bawak kitorang ke ASDA Hulme untuk beli barang.. Just bayar 20 gbp je kat dia settled...

Penat toksah cakapla.. tapi sedih lagi rasa woowoowoo *keluarairmatadarah #rinduMalaysia!

Tuesday, January 27, 2015

Ok hapdate! Manchester part 1


Bismillah..

Okay, sebelum update terkini, flashback kepada proses application(s): 

Application University: 

Dah email kepada potential SV and bila dorang agree nak terima korang as anak murid, the school will give you a conditional letter saying that you may have the place in the university IF you can provide Financial Affidavit from sponsors, and etc.  Lepas tu baru dapat UNCONDITIONAL letter. Then if course korang tu takde melibatkan eksperimen basah (wet lab experiment), most probably korang takyah apply for ATAS certificate (apa nama penuh dah lupa wakakakaka). Nak apply ATAS ni lamaaa...amek masa sebulan jugak so bila dah dapat ATAS ni baru boleh apply VISA. Ops, before ATAS, Uni akan bagi korang CAS ni untuk proceed to ATAS and VISA.


Visa Application: 

Ok, Nak isi visa application form ni bukanlah memerlukan korang jadi rocket scientist ataupun programmer hahaha tapi proses dia akan membuatkan korang rasa nak muntah depan pc. If korang pergi sorang takpe lagi, kalau pergi ber empat? tak ke empat borang kena isi? nasib baik komputer tu tak pecah kena hentak dengan kepalaku masa nak isi form tu hahaha. Make sure all docs like passport, CAS , ATAS semua ada masa nak isi borang ni. Once completed, sediakan je la ongkosnya pak, masa aku kena aritu RM1.744k kau darab la dengan 4 maka berpuasa lah aku setahun macam tu.


Flight Tix:

Ok, bila visa dah dapat, barula ko boleh proceed dengan membeli flight tiket. Aku aritu beli Emirates (yang paling murah selepas comparison untuk 4 beranak ni). Nasib baik UPM cover (walaupun claim lambat masuk dan terpaksalah guna hutang kredit kad sampai maksimum hahaha). Unfortunately we have to change date of departure and it costs us about RM1.2k la jugak. Sedih bila ingat duit terbang laju je.


Rumah:

Along the way, aku contact beberapa orang kat Manchester untuk carikan rumah. And im not gonna dwell on this matter so much nanti keluar yang tak sepatutnya. Alhamdulillah dapat rumah. 

So kami pun fly on 11/9/2014:

Terima kasih kepada akak, abah,Ateh, pak teh, along, aunti, anabest and pojat ,  dan semua yang banyak sangat tolong dari mengemas rumah, jaga jebat sementara kami tukar duit and berurusan segala.

Pipi: macam kuih pau. tapi skang dah kurang sikit hahahahaha.

Nak naik flight ni pon kelakar jugak. Disebabkan kami ni #villagepeople, so mana nak tahu kena pergi awal ke boarding gate. dah pukul 6 still lepak bersama family sampaila Yan sound..er min nape tak gerak lagi kang jauh kena gi borading gate naik ketapi bagai..HAH?! dengar tu terus pergi. Masa nak berpisah tu alahai sedih yang amat. Emm taknak cakapla nanti nanges nak balik msia.





Kakak dah sedih sebab maybe teringatkan rumah semenyih dia

Still in denial state. Adik je happy
Adik Apa tau? Dia asal ada mommy ok dah.
kan dah kata sedih?
cover lettew.

Dah ready to fly. Sobs, Sedih.

7 jam seterusnya...Dubai..