Thursday, October 7, 2010

Perbualan yang hampir menitiskan air mata

Terjadi tengahari tadi.

"akak nak renew road tax, tapi tadi director suruh pergi dengar talk pulak kat vet" kak anna berkata. dia ni sorang yang baik la pada aku. Aku happy kawan dengan dia. You know when u meet someone that can be in the circle of life, u just wants to be there.

"then ayah akak kata tadi, susah-susah, biar abah je la yang renew kan road tax anna tu" kak anna kata lagi sambil drive. aku kat sebelah.

"waaaa baiknye ayah kak anna.." kata aku. spontan. Sebenarnya aku seronok dengar cerita dia. It makes me believe there are still a lovely man that we can call father. Same goes to my FIL. ;)

"laaa..rin, mana la ada bapak yang tak sayang anak, yang tak wat macam tu..." ok kata-kata terakhir kak anna ni aku tak berapa dengar sangat.

Spontan jugak lagi ni.

"Ayah rin tak macam tu pun" Aku kata. tak bermaksud apa-apa eh, kang kena gam lagi.

"ala rinnnnn........sedih hati akak dengar" masa ni aku tengok mata dia dah ada air mata. Adakah tetiba aku pun nak nanges dalam keta tu?

HUH. POMPUAN MEMANG PENUH DENGAN KETIDAKSTABILAN HORMON=EMOSI.

;)

Thursday, September 30, 2010

0

Hati aku sedih sangat. SEDIH!

aku dah privatekan blog ini untuk orang2 yang aku rasa aku leh percaya and for that im cool with it.

Bagi aku, blog ni adalah umpama diary aku. Personal journal of me. Dulu memang aku publickan blog ni, tapi aku tak sangka dengan kemajuan teknologi macam ni, aku disalah tafsir. Ini catatan hati aku. Apa aku rasa, apa yang aku tulis kat sini. Dan bagi orang yang macam aku, aku ok?bukan korang, aku jenis yang bila once i let it out, dah, full stop, pastu aku dah ok, i dont hold grudge to others.

Aku sedih sampai aku tak tau la nak tulis apa dah.

HATI AKU SEDIH. MENDUNG. SEDIH SANGAT.MACAM AKU RASA KOSONG.

Dan bila ada pihak yang menidakkan hak aku untuk berperasaan apa-apa perasaan pun, itu aku rasa sama macam menidakkan kehadiran aku sebagai MANUSIA kat bumi ni. Baik bunuh je aku. kan?

Upah la assassin mana, sniper ke, pastu tembak curi aku kalau ko tanak rasa bersalah. Sebab ko memang tak suka aku dari dulu kan.

Tuesday, September 28, 2010

Kemaafan yang tertangguh

wow..oooo wowww...

tak sangka feedback yang begitu sekali.

im speechless. hairan dengan sikap manusia yang ada jugak macam ni.pelik. pelik.
aku rasa blog ni dah tak aman lagi. might as well delete it right?!

Selamat tinggal blog! May you rest in peace.

Friday, September 3, 2010

Aku tau kenapa aku emo dari malamsemalam ke hari ni tak habis-habis. Ok tak tajuk ni??

So semalam aku and mr. pali dijemput untuk berbuka puasa di Kelab Golf Perkhidmatan Awam KGPA di Mont kiara. So, setelah sesat, kami sampai and ketika itu dah pun berbuka, so terus cari air. Dahaga beb.

Makanan kat sana memang aku tak nafikan memang kelass. Two thumbs up! segala jenis makanan ada. Satay, nasi and lauk, western food macam spagetti, and those desserts...Damn. And not even one dessert i could taste.

Ok, berjanji pada diri sendiri tidak mahu makan berlebihan. Takpelah kan, kalau makan apa yang sempat.

So ada satu booth ice cream ni. Bukan la aku nak hadap sangat ice cream tu. Bukan ice cream baskin pon nak aku bengangkan..Ok, masa tu aku tengah dukung aiyris, lepas tu depan aku ni ada satu bunch of men yang macam hadapkan tong ice cream ni. Lagaknya macam budak-budak ko tau tak? Ok, men yang aku maksudkan kat sini adalah men.Old kind of men. dah berusia macam bapak-bapak kita..

Ok takpe, aku tunggu. Berat ni, berat aiyris ni korang tau tak. Dahaga lagi. takpe aku sabar.

Old men: haa yang saya punya nak vanilla yee..(sambil kat dulang dia tu ada dalam 12 mangkuk kecik)
Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem: ihikihikihkihkisss (ketawa gatal)
Old Men: haa tambah yang strawberry ni..
Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem: oopss jatuh pulak ihikihikihkihkisss (ketawa gatal lagi.)

Takpe, aku bersabar lagi. Pakcik tu pon macam dah dapat satu kepuasan berlalu pergi.

Dan tetiba ada sorang lelaki ni (Kopet) boleh potong q sambil pandang aku tanpa rasa bersalah tengok aku dukung anak ni q dah lama.

And of course lah korang tau yang mana satu akan dilayan oleh Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem ni kan?

ihikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhik (ketawa gatal bergema)


aku rasa macam dah terbakar beb. Akhirnya aku letak mangkuk tu dan berlalu pergi.

Apa? korang mesti kata napa aku tak sound Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem tu kan?Wey, nasib dia baik la aku letak elok-elok mangkuk tu. Buatnya aku hayun mangkuk tu ke kepala dia and si kopet tu??

So moral of the story: those Men and that gedik gurl Sucks! Tak de adab dan tak bertimbang rasa. Ko dah tengok aku gendong anak berat, ko takleh la nak hulurkan mangkuk tu kan? ko dah tengok aku penat still ko nak potong q aku kan?!!

JACKASS betul.

Ok, habis dah entry beremosi aku. im cool.

Thursday, August 26, 2010

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi lagi, bila saya buka email...saya terbaca ini..


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.



Ya Allah, adakah arwah mak ada bersama saya di bulan mulia ini? Berazam untuk memperbanyakkan amalan bekalan untuk mak kerana Allah Taala. InsyaAllah.

Saya juga rindu mak!Rindu sangat!

Monday, August 23, 2010

Faham ke?tak kan? dah takyah buang masa baca

Sometimes, our deeds goes down the drain. But our fault at such a highlight even it was not meant to be.

Bwuajahlhsduahjhdjahkc;dkf;ifasjdkjfiejdjhfjah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, August 20, 2010

Braindamage


I am so pissed off with my brain today.
Tula, siapa suh dengar radio banyak sangat? kan elok banyakkan baca Al-Quran bulan-bulan puasa ni?