Wednesday, November 24, 2010

Penangan Si HArry Potter

Haha. lawak betul la (gila ke hape pompuan ni tak pasal2 gelak dulu, dah la lama tak update blog ni, konon2 nak delete tapi continue gak, eh suka atila oi).

suami aku aka Pali, dia sekarang ni tengah baca HARRY Potter (kenapa tah bila sebut Harry aku terbayang Hairy= bulu2 eyek) tapi Harry Potter ni dalam bahasa Melayu.

Banyak woo siri dia dah baca. Ni kira yang last la ni.

Nak ikutkan hati, aku pon ulat buku gakla. Tapi ntah kenapa kepala hotak aku ni takleh nak terima/baca Harry Potter versi bahasa melayu ni. Haaa bukan macam kes Amani tu ehhh(i sound stupid when i speak Malay),apehal lak takleh nak terima bahasa melayu bagai, ko kan orang melayu cet.

Kepala hotak aku jadi pening bila jumpa ayat yang depa direct translate. Contoh eh :

"Burung hantu Hedwig itu melayah melintasi kepala Harry Potter"

Lagi

"Muka Harry Potter berubah menjadi kemasaman kerana tongkat saktinya ..."

Lagi

"Expecto Patronum!" tetibe dalam rumpunan bahasa melayu tu dia keluar.

Hangen ok hangen.

Bila si pemalas MALAS nak update blog.

Malasnye

tu je.

Monday, November 8, 2010

Al-fatihah

I dont know where to start.

We are still grieving for the recent loss. My FIL passed on on 26 October 2010 @ 3.23 p.m. From what i know, he is a very decent,well mannered and responsible father to his children. And i admired that.

May FIL rest in peace..Al-fatihah..

Thursday, October 7, 2010

Perbualan yang hampir menitiskan air mata

Terjadi tengahari tadi.

"akak nak renew road tax, tapi tadi director suruh pergi dengar talk pulak kat vet" kak anna berkata. dia ni sorang yang baik la pada aku. Aku happy kawan dengan dia. You know when u meet someone that can be in the circle of life, u just wants to be there.

"then ayah akak kata tadi, susah-susah, biar abah je la yang renew kan road tax anna tu" kak anna kata lagi sambil drive. aku kat sebelah.

"waaaa baiknye ayah kak anna.." kata aku. spontan. Sebenarnya aku seronok dengar cerita dia. It makes me believe there are still a lovely man that we can call father. Same goes to my FIL. ;)

"laaa..rin, mana la ada bapak yang tak sayang anak, yang tak wat macam tu..." ok kata-kata terakhir kak anna ni aku tak berapa dengar sangat.

Spontan jugak lagi ni.

"Ayah rin tak macam tu pun" Aku kata. tak bermaksud apa-apa eh, kang kena gam lagi.

"ala rinnnnn........sedih hati akak dengar" masa ni aku tengok mata dia dah ada air mata. Adakah tetiba aku pun nak nanges dalam keta tu?

HUH. POMPUAN MEMANG PENUH DENGAN KETIDAKSTABILAN HORMON=EMOSI.

;)

Thursday, September 30, 2010

0

Hati aku sedih sangat. SEDIH!

aku dah privatekan blog ini untuk orang2 yang aku rasa aku leh percaya and for that im cool with it.

Bagi aku, blog ni adalah umpama diary aku. Personal journal of me. Dulu memang aku publickan blog ni, tapi aku tak sangka dengan kemajuan teknologi macam ni, aku disalah tafsir. Ini catatan hati aku. Apa aku rasa, apa yang aku tulis kat sini. Dan bagi orang yang macam aku, aku ok?bukan korang, aku jenis yang bila once i let it out, dah, full stop, pastu aku dah ok, i dont hold grudge to others.

Aku sedih sampai aku tak tau la nak tulis apa dah.

HATI AKU SEDIH. MENDUNG. SEDIH SANGAT.MACAM AKU RASA KOSONG.

Dan bila ada pihak yang menidakkan hak aku untuk berperasaan apa-apa perasaan pun, itu aku rasa sama macam menidakkan kehadiran aku sebagai MANUSIA kat bumi ni. Baik bunuh je aku. kan?

Upah la assassin mana, sniper ke, pastu tembak curi aku kalau ko tanak rasa bersalah. Sebab ko memang tak suka aku dari dulu kan.

Tuesday, September 28, 2010

Kemaafan yang tertangguh

wow..oooo wowww...

tak sangka feedback yang begitu sekali.

im speechless. hairan dengan sikap manusia yang ada jugak macam ni.pelik. pelik.
aku rasa blog ni dah tak aman lagi. might as well delete it right?!

Selamat tinggal blog! May you rest in peace.

Friday, September 3, 2010

Aku tau kenapa aku emo dari malamsemalam ke hari ni tak habis-habis. Ok tak tajuk ni??

So semalam aku and mr. pali dijemput untuk berbuka puasa di Kelab Golf Perkhidmatan Awam KGPA di Mont kiara. So, setelah sesat, kami sampai and ketika itu dah pun berbuka, so terus cari air. Dahaga beb.

Makanan kat sana memang aku tak nafikan memang kelass. Two thumbs up! segala jenis makanan ada. Satay, nasi and lauk, western food macam spagetti, and those desserts...Damn. And not even one dessert i could taste.

Ok, berjanji pada diri sendiri tidak mahu makan berlebihan. Takpelah kan, kalau makan apa yang sempat.

So ada satu booth ice cream ni. Bukan la aku nak hadap sangat ice cream tu. Bukan ice cream baskin pon nak aku bengangkan..Ok, masa tu aku tengah dukung aiyris, lepas tu depan aku ni ada satu bunch of men yang macam hadapkan tong ice cream ni. Lagaknya macam budak-budak ko tau tak? Ok, men yang aku maksudkan kat sini adalah men.Old kind of men. dah berusia macam bapak-bapak kita..

Ok takpe, aku tunggu. Berat ni, berat aiyris ni korang tau tak. Dahaga lagi. takpe aku sabar.

Old men: haa yang saya punya nak vanilla yee..(sambil kat dulang dia tu ada dalam 12 mangkuk kecik)
Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem: ihikihikihkihkisss (ketawa gatal)
Old Men: haa tambah yang strawberry ni..
Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem: oopss jatuh pulak ihikihikihkihkisss (ketawa gatal lagi.)

Takpe, aku bersabar lagi. Pakcik tu pon macam dah dapat satu kepuasan berlalu pergi.

Dan tetiba ada sorang lelaki ni (Kopet) boleh potong q sambil pandang aku tanpa rasa bersalah tengok aku dukung anak ni q dah lama.

And of course lah korang tau yang mana satu akan dilayan oleh Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem ni kan?

ihikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhik (ketawa gatal bergema)


aku rasa macam dah terbakar beb. Akhirnya aku letak mangkuk tu dan berlalu pergi.

Apa? korang mesti kata napa aku tak sound Pompuangedikbodohsangattukangcedukeskrem tu kan?Wey, nasib dia baik la aku letak elok-elok mangkuk tu. Buatnya aku hayun mangkuk tu ke kepala dia and si kopet tu??

So moral of the story: those Men and that gedik gurl Sucks! Tak de adab dan tak bertimbang rasa. Ko dah tengok aku gendong anak berat, ko takleh la nak hulurkan mangkuk tu kan? ko dah tengok aku penat still ko nak potong q aku kan?!!

JACKASS betul.

Ok, habis dah entry beremosi aku. im cool.