Wednesday, December 30, 2009

HARAM... (tajuk kali ini memang keras sikit sebab aku tension)

Sangat-sangat menyampah dan bosan bila tak ada internet di pejabat dan terpaksa meminjam komputer kawan dan bila balik rumah pun tiada internet.
Bosan!
Dan saya rasa mula membenci seseorang dalam hidup saya. Sebab dia, keluarga saya jadi hancur begini.Ya, saya mahu meninggalkannya. Selamanya. Sejauh-jauhnya sehingga dia tidak dapat mencari saya lagi untuk kepentingan dirinya. Biar dia bahagia bersama "orang baru" dalam hidupnya. "orang baru" yang saya kira haram. "Orang baru" yang terbaru. Baru sebulan!
Kononnya "Orang baru" ni baiklah, tahfiz konon. Apa jadahnya kalau pakai tudung rambut blonde sebab dye yang murah dan tergedik-gedik macam perempuan pelacur?!Memang haram.
Haram sebab dia memang tidak mempunyai keizinan untuk hadir dan tinggal di bumi di sini. Dia layak hanya berada di sana. Dan saya kira dia memang haram kerana dia memang haram. Menggedik-degik di hadapan kakak saya. Mujur saya tidak berada di sana pada waktu itu. kalau tak..
Memang dia haram. Dua-dua pun dah jatuh hukumnya haram. Haram kerana dia menzalimi saya dan semua sejak kecil. Haram kerana dia masih tak sedar-sedar.
Memang dia haram buat saya.
Dan kalau sesiapa rasa saya tidak berhak untuk menjadi seperti ini sekarang ini. Then talk to my face. I dont really F%@#$&^G care!
Kau memang boleh buat aku dan semua macam ini, Memang kau boleh tengking herdik dan pukul kami. Suatu hari nanti bila duit dan harta kau habis dikikis, dan kau merempat sebab dibuang oleh kedua-dua "orang baru" yang kau sembah tu, kau jangan cari aku lagi.Tapi Allah itu maha Adil. Dan diam-diam kami bukan kosong tapi berisi. Semoga Allah tunjukkan kau ke jalan yang benar.
Saya ingin lari!

Sunday, December 20, 2009

Allah Maha mengetahui..

Pernah tak korang rasa serba tak kena bila bangun je pagi sampai ke....entah bila nak stop?

Banyak dah yang aku nak cuba katakan dalam blog ni, tapi asyik padam-padam-padam je. Ntah. Tak de idea barangkali?

Cuma bila dah jadi mak ni, keutamaan memang lah pada baby. Ni aku blog pon dia tengah tido. Barulah boleh tengok facebook, ladang-ladang aku yang dalam alam maya ni, sapa pencuri sayur-sayuran aku and etc.

Jadi seorang ibu, title yang paling agung aku rasa dalam hierarki manusia. Dan menjadi ibu sekarang ini, aku rasa keutamaan diri ni dah jatuh ke tempat kedua. Betul lah kata orang-orang tua, semua ibu nak yang terbaik untuk anak mereka. Aku pun. Kalau boleh aku nak semuanya yang terbaik untuk Aiyris. Ada pengurus rumah yang boleh menjaga dia di rumah aku sendiri, dan kalau boleh warga tempatan. Aku pun nak pakai kan aiyris baju-baju yang branded macam GAP for kids ke, Guess? ke, Oshkosh bigosh ke. Dan juga melimpahi dia dengan permainan. Yang pelbagai. Tapi. Sekarang masih tak mampu lagi.

Ya, aku sedih.

Tapi, bila teringat ayat ini, aku jadi gembira semula. Kira boleh la senyum..

Barangkali engkau membenci sesuatu, tetapi itu lebih baik bagimu. Dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan itu buruk bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.

Al Baqarah:216.

Sungguh, sebagai manusia yang selalu alpa dengan nafsu dunia, aku memang selalu mahu itu dan ini. Merungut itu ini.

Tapi Allah lah yang Maha Mengetahui, bukan? Manalah aku tahu jika diberiNya aku kemewahan yang melampau, sehingga beg Gucci/Coach/LV boleh aku lemparkan kesana kemari menjadikan aku insan hina yang berlagak,bongkak dan selalu memandang rendah pada hamba Allah yang lain?

Ya Allah, Aku lebih rela hidup begini.

Plan Allah itu lah yang terbagus, bukan? ;)




Sunday, December 13, 2009

Start back at one...

Sorry u ols sebab dah lama tak update.Something has happened with my internet connection sebab invalid certificate apa tah. Last-last saya godek-godek dapat jugak betulkan sendiri, ehem terer tak?

Jadi, dah lama tak update, otak untuk menulis pun makin karat. hahaha. Nak tulis pasal apa eh. oh, baik saya mulakan dengan Aiyris Zarra dulu. apa update dia?

Dia dah pandai merajuk ok? Dahla pipi dia tu macam di pam-pam yang boleh diangkat-letak-angkat-letak pastu hempas sebab labuh sangat. Cet apa da geram kat anak sendiri? Cerita nya haritu, saya konon-kononnya berkatalah pada si kecik ni, next week dah kena tinggal dengan pengasuh, so mommy nak ajar minum susu guna botol la. Aiyris minum dalam keadaan terpaksa and then buat muka muncung taknak pandang muka mommy dia? ada ke patut?cis. umur tak sampai 2 bulan ok? dah pandai merajuk bagai?

So, speaking of which, tomorrow i will be starting back to work, which is so so so not preferable (i prefer to stay at home and be a fulltime mommy ceh leh percaya ke?). It just seems so awkward to me now, to start back to work after a long holiday. Huwaaaaaa lepas ni cuti kena tunggu sabtu ahad je la.




Thursday, December 3, 2009

I thought....

It has been a while since i updated my blog. Sigh...What a lazy bum i am. No, Lazy is not the correct word, i just full with the responsibility as a mommy to Aiyris Zarra.

So, i thought to myself ( a lot actually, that happen to be in my mind right now as we speak). So, i said to myself, this is the feeling of being mom. i can say that almost most of my time is dedicated to take care of the baby. I need to feed her, bathe her and even sing her lullaby to sleep. Those time for myself were gone. No more time to waste as to do my own thing like reading, surfing the internet and what not. But regardless what i mention just now, i am enjoying the chores as mom. Big GRIN ;)

I just finished reading New Moon, a great and intriguing start. But mellow at the end.
So thus the movie i guess (haven't seen it yet)

I am actually thinking about the future. I feel obligated to change it in a way. For it to be secure.

Monday, November 23, 2009

House/apartment hunting.Anyone?

Yesterday me n husband went out looking for house/apartment. And i never thought that the hunting would be this hard. i know, that i am still in the pantang mood but, this has to be done nevertheless.

So, went home and still searching. went through the internet to find the right home that suits our budget(ehem, bajet dahla ciput,huhuhu).

So, if any of you out there that happens to know any house/apartment to rent around Serdang/Sri Kembangan/bandar baru Bangi, Please let us know asap. Your true coorporation are really being appreciated by us. thanks.

(Kenapa aku rasa macam tulis surat rasmi ni? sah! english aku dah berkarat!)

Wednesday, November 18, 2009

Our First anniversary


Rasanya baru semalam kami disatukan..
Terima kasih sayang atas segalanya..


Dedicated to our first anniversary..
09112009

Sunday, November 8, 2009

Kegembiraan saya yang pertama..



Aiyris Zarra pada hari pertama dia dilahirkan..

Alhamdulillah, Subhanallah..


Tanggal 15 oktober 2009..saya telah bergelar seorang ibu kepada seorang bayi perempuan, Aiyris Zarra.


Biar saya bercerita tentang pengalaman saya, boleh?

Mengandungkan Aiyris Zarra adalah suatu pengalaman yang sangat indah, mudah dan menyenangkan saya. Sepanjang tempoh 9 bulan itu, saya tidak ada sebarang tanda morning sickness, tidak pula moody selalu dan sentiasa bersemangat.



Sepatutnya Due saya pada 3 oktober 2009. Tapi Aiyris Zarra sungguh selesa dan nyaman berada di dalam kandungan saya sehinggalah melebihi 12 hari dari tarikh itu.

Jadi, pada 12 oktober 2009 saya telah mengadmitkan diri saya ke Hospital Ampang yang terletak sekangkang kera dari rumah. Hari pertama di sana, masih lagi bersemangat dan sihat.

Sampailah malam itu, tangan saya dimasukkan jarum oleh doktor pelatih yang saya kira memang tak berpengalaman lagi. Ini, saya akan ceritakan kemudian.

Hari kedua, pagi di Wad 4D itu, kami ibu mengandung beramai-ramai beratur untuk diperiksa "jalan". MasyaAllah, sakitnya bukan terperi kalau kita dapat doktor yang ganas dan berjari gergasi. Bak kata sahabat saya, You'll just know when the times come, kan? selepas diperiksa, saya di"induce" buat kali pertama. Selepas itu, saya masih lagi berupaya berjalan.Berbual dengan gembira.
Pukul 2 petang hari yang sama, saya diperiksa jalan lagi, dan di"induce" lagi buat kedua kalinya. Sepanjang 6 jam kemudian, saya berasa contraction yang maha hebat. Sebagai pesakit asthma yang tidak pernah mengalami sakit lain, saya mengalami kesakitan contraction yang maha hebat ini. Sehingga saya disuntik "piteridin", iaitu ubat untuk menahan sakit. barulah saya dapat tidur pada malam itu.

Keesokan harinya (14 oktober 2009), saya diperiksa jalan lagi, Masya Allah, walaupun sudah 2 kali induce, jalan masih lagi terbuka 1 cm. Sedangkan kesakitan yang saya alami maha hebat seakan sudah tiba masanya. Saya menangis. Dengan kehadiran suami disisi pada waktu melawat sahaja, semangat untuk meneruskan hari itu padam seakannya. Saya berkata pada doktor yang berjari gergasi, yang saya tidak sanggup lagi untuk mengalami induce buat kali ketiga, dan saya rela memilih untuk dibedah sahaja. Dia setuju, memandangkan setelah 2 kali induce, jalan masih tak terbuka.

Dan buat kedua kalinya, saya diberi suntikan piteridin.


Dan saya terkenal di wad itu sebagai seorang pesakit yang minum air selusuh sebelum waktunya. Dan ianya benar belaka, yang air selusuh hanya menyebabkan kesakitan 2 kali ganda jika diminum pada waktu yang salah. Subhanallah..

Pada pukul 10 lebih malam itu, kami digemparkan pula dengan adegan orang yang ingin membunuh diri di atas tingakat wad itu. Suara orang tidak sihat itu jelas kedengaran dan ada kalanya tingkap wad kami terhentam dengan bunyi yang kuat. Saya ketakutan, tapi disebabkan kesakitan contraction melampau, perkara itu tidak saya endahkan.

Tepat pukul 11 malam itu, rasa contraction yang saya alami makin kerap. Iaitu selang 5 minit. saya mengadu pada nurse. Dan sekali lagi saya diperiksa jalan. Doktor mengesahkan jalan telah tebuka 3cm..Sakit ang saya tanggung sepanjang sela 5 minit itu bagaikan mimpi ngeri.

Tepat pukul 3 pagi, saya telah dimasukkan ke dewan bersalin. Dengan alunan Al-Quran yang dipasang di komputer, saya menjadi sedikit tenang sambil menunggu kedatangan suami. Suami datang 10 minit kemudian, dan saya sempat meminta maaf darinya.

Kesakitan contraction yang saya alami masih lagi dalam sela masa 5 minit, sehinggalah pukul 6 pagi, bukaan jalan baru terbuka 5 cm, sedangkan saya sudah rasa nyawa di ambang maut. MasyaAllah, saya terfikir, jika saya mati ketika itu...

Pukul 8 pagi, air ketuban saya dipecahkan oleh doktor muda melayu. Malu? tidak lagi. Apa yang ada dalam kepala saya hanyalah Allah dan rasa kesakitan.

Tangan saya yang dimasukkan jarum oleh doktor (sila baca diatas) menggelembung bagai belon dan disedari nurse. Jarum dimasukkan pada tangan kiri saya pula. Ketika itu, sakitnya tidak seberapa jika dibandingkan dengan rasa contraction itu.

Pukul 9 pagi kemudian, bukaan mencapai 8 cm, dan ketika itu rasa untuk meneran menjadi sangat sangat terasa. Saya digesa nurse untuk meneran dan selang 25 minit kemudian, keluarlah si bayi itu. Rasa sakit terus lenyap buat seketika tatkala Aiyris diletakkan di atas dada saya. Dan ketika itu, matanya telah terbuka memandang saya. Apa yang terucap dari mulut saya hanyalah Subhanallah.Subhanallah. Subhanallah. Saya menangis semahunya ketika itu.

Menangisi kekerdilan diri berhadapan dengan kesakitan, menangisi kebesaran Allah menciptakan manusia dan menangis kerana kelegaan untuk bayi yang baru dilahirkan. Alhamdulillah ya Allah, aku telah selamat melahirkan seorang lagi umat islam di muka bumi ini.
If you think that the pain ends there, then you are totally wrong.

Disebabkan saya digunting dan kesan koyakan, saya terpaksa dijahit. Mulanya saya dibius di paha, tapi tiada kesan. Saya masih lagi terasa saya dijahit hidup2 dan terasa vibrate benang dan jarum melalui daging saya.


Dan rasanya, lagi sakit berbanding melahirkan.
Saya masih sempat memarahi nurse dan menendang lemah perut mereka, hehehe sila gelak. Ini kerana mereka tersalah jahit dan membukanya semula! Kesakitan yang berkali kali kali ganda.
Akhirnya kaki saya disadung di atas alat khas dan saya siap di "siang" oleh 4 orang doktor pada pukul 11 pagi! Pertarungan selama 12 jam berakhir disitu.
Oh ini saya, sesudah bertarung..


Andai saya tahu pengorbanan ibu sebegini besar, tidak sesekali saya akan melukakan hati ibu..

Andai ibu saya masih ada di sini, akan saya kucup tangannya..

Terima kasih kerana telah melahirkan saya ke bumi..