Monday, November 23, 2009

House/apartment hunting.Anyone?

Yesterday me n husband went out looking for house/apartment. And i never thought that the hunting would be this hard. i know, that i am still in the pantang mood but, this has to be done nevertheless.

So, went home and still searching. went through the internet to find the right home that suits our budget(ehem, bajet dahla ciput,huhuhu).

So, if any of you out there that happens to know any house/apartment to rent around Serdang/Sri Kembangan/bandar baru Bangi, Please let us know asap. Your true coorporation are really being appreciated by us. thanks.

(Kenapa aku rasa macam tulis surat rasmi ni? sah! english aku dah berkarat!)

Wednesday, November 18, 2009

Our First anniversary


Rasanya baru semalam kami disatukan..
Terima kasih sayang atas segalanya..


Dedicated to our first anniversary..
09112009

Sunday, November 8, 2009

Kegembiraan saya yang pertama..



Aiyris Zarra pada hari pertama dia dilahirkan..

Alhamdulillah, Subhanallah..


Tanggal 15 oktober 2009..saya telah bergelar seorang ibu kepada seorang bayi perempuan, Aiyris Zarra.


Biar saya bercerita tentang pengalaman saya, boleh?

Mengandungkan Aiyris Zarra adalah suatu pengalaman yang sangat indah, mudah dan menyenangkan saya. Sepanjang tempoh 9 bulan itu, saya tidak ada sebarang tanda morning sickness, tidak pula moody selalu dan sentiasa bersemangat.



Sepatutnya Due saya pada 3 oktober 2009. Tapi Aiyris Zarra sungguh selesa dan nyaman berada di dalam kandungan saya sehinggalah melebihi 12 hari dari tarikh itu.

Jadi, pada 12 oktober 2009 saya telah mengadmitkan diri saya ke Hospital Ampang yang terletak sekangkang kera dari rumah. Hari pertama di sana, masih lagi bersemangat dan sihat.

Sampailah malam itu, tangan saya dimasukkan jarum oleh doktor pelatih yang saya kira memang tak berpengalaman lagi. Ini, saya akan ceritakan kemudian.

Hari kedua, pagi di Wad 4D itu, kami ibu mengandung beramai-ramai beratur untuk diperiksa "jalan". MasyaAllah, sakitnya bukan terperi kalau kita dapat doktor yang ganas dan berjari gergasi. Bak kata sahabat saya, You'll just know when the times come, kan? selepas diperiksa, saya di"induce" buat kali pertama. Selepas itu, saya masih lagi berupaya berjalan.Berbual dengan gembira.
Pukul 2 petang hari yang sama, saya diperiksa jalan lagi, dan di"induce" lagi buat kedua kalinya. Sepanjang 6 jam kemudian, saya berasa contraction yang maha hebat. Sebagai pesakit asthma yang tidak pernah mengalami sakit lain, saya mengalami kesakitan contraction yang maha hebat ini. Sehingga saya disuntik "piteridin", iaitu ubat untuk menahan sakit. barulah saya dapat tidur pada malam itu.

Keesokan harinya (14 oktober 2009), saya diperiksa jalan lagi, Masya Allah, walaupun sudah 2 kali induce, jalan masih lagi terbuka 1 cm. Sedangkan kesakitan yang saya alami maha hebat seakan sudah tiba masanya. Saya menangis. Dengan kehadiran suami disisi pada waktu melawat sahaja, semangat untuk meneruskan hari itu padam seakannya. Saya berkata pada doktor yang berjari gergasi, yang saya tidak sanggup lagi untuk mengalami induce buat kali ketiga, dan saya rela memilih untuk dibedah sahaja. Dia setuju, memandangkan setelah 2 kali induce, jalan masih tak terbuka.

Dan buat kedua kalinya, saya diberi suntikan piteridin.


Dan saya terkenal di wad itu sebagai seorang pesakit yang minum air selusuh sebelum waktunya. Dan ianya benar belaka, yang air selusuh hanya menyebabkan kesakitan 2 kali ganda jika diminum pada waktu yang salah. Subhanallah..

Pada pukul 10 lebih malam itu, kami digemparkan pula dengan adegan orang yang ingin membunuh diri di atas tingakat wad itu. Suara orang tidak sihat itu jelas kedengaran dan ada kalanya tingkap wad kami terhentam dengan bunyi yang kuat. Saya ketakutan, tapi disebabkan kesakitan contraction melampau, perkara itu tidak saya endahkan.

Tepat pukul 11 malam itu, rasa contraction yang saya alami makin kerap. Iaitu selang 5 minit. saya mengadu pada nurse. Dan sekali lagi saya diperiksa jalan. Doktor mengesahkan jalan telah tebuka 3cm..Sakit ang saya tanggung sepanjang sela 5 minit itu bagaikan mimpi ngeri.

Tepat pukul 3 pagi, saya telah dimasukkan ke dewan bersalin. Dengan alunan Al-Quran yang dipasang di komputer, saya menjadi sedikit tenang sambil menunggu kedatangan suami. Suami datang 10 minit kemudian, dan saya sempat meminta maaf darinya.

Kesakitan contraction yang saya alami masih lagi dalam sela masa 5 minit, sehinggalah pukul 6 pagi, bukaan jalan baru terbuka 5 cm, sedangkan saya sudah rasa nyawa di ambang maut. MasyaAllah, saya terfikir, jika saya mati ketika itu...

Pukul 8 pagi, air ketuban saya dipecahkan oleh doktor muda melayu. Malu? tidak lagi. Apa yang ada dalam kepala saya hanyalah Allah dan rasa kesakitan.

Tangan saya yang dimasukkan jarum oleh doktor (sila baca diatas) menggelembung bagai belon dan disedari nurse. Jarum dimasukkan pada tangan kiri saya pula. Ketika itu, sakitnya tidak seberapa jika dibandingkan dengan rasa contraction itu.

Pukul 9 pagi kemudian, bukaan mencapai 8 cm, dan ketika itu rasa untuk meneran menjadi sangat sangat terasa. Saya digesa nurse untuk meneran dan selang 25 minit kemudian, keluarlah si bayi itu. Rasa sakit terus lenyap buat seketika tatkala Aiyris diletakkan di atas dada saya. Dan ketika itu, matanya telah terbuka memandang saya. Apa yang terucap dari mulut saya hanyalah Subhanallah.Subhanallah. Subhanallah. Saya menangis semahunya ketika itu.

Menangisi kekerdilan diri berhadapan dengan kesakitan, menangisi kebesaran Allah menciptakan manusia dan menangis kerana kelegaan untuk bayi yang baru dilahirkan. Alhamdulillah ya Allah, aku telah selamat melahirkan seorang lagi umat islam di muka bumi ini.
If you think that the pain ends there, then you are totally wrong.

Disebabkan saya digunting dan kesan koyakan, saya terpaksa dijahit. Mulanya saya dibius di paha, tapi tiada kesan. Saya masih lagi terasa saya dijahit hidup2 dan terasa vibrate benang dan jarum melalui daging saya.


Dan rasanya, lagi sakit berbanding melahirkan.
Saya masih sempat memarahi nurse dan menendang lemah perut mereka, hehehe sila gelak. Ini kerana mereka tersalah jahit dan membukanya semula! Kesakitan yang berkali kali kali ganda.
Akhirnya kaki saya disadung di atas alat khas dan saya siap di "siang" oleh 4 orang doktor pada pukul 11 pagi! Pertarungan selama 12 jam berakhir disitu.
Oh ini saya, sesudah bertarung..


Andai saya tahu pengorbanan ibu sebegini besar, tidak sesekali saya akan melukakan hati ibu..

Andai ibu saya masih ada di sini, akan saya kucup tangannya..

Terima kasih kerana telah melahirkan saya ke bumi..